Saturday, October 23, 2010

Updates

Mari mengupdate blog. Hehehe. Bese la ari jumaat mlm sabtu jer konfem mata payah nak tido. Daripada aku dok terbil2 mandang syiling ada baiknya aku mengupdate blog. Ekceli blog ni telah pon hilang di alam maya buat seketika. Terkesima jugak aku dibuatnya. Tapi setelah aku cuba meng login kan diri dan membuat beberapa verification, akhirnya blog ini muncul kembali sperti sedia kala.

Ni minggu ke 2 aku memegang jawatan Mr Mama. Alhamdulillah minggu ni lebih baik dr minggu sudah. Last week aku agak moody. Maybe jiwa terasa sepi dan kosong serta sedikit kacau disebabkan ketiadaan orang2 yg disayangi. Ditambah pulak dgn keadaan Afiq yg batuk + selsema + byk merengek2 tak tentu pasal.

Aku cuba menjalani kehidupan seperti biasa. Kepala otak aku dah mula berjalan dan mengatur beberapa agenda yg tergendala sejak sekian lama. Agenda pertama mengecat kereta. Hehehe. Seperti yg telah di jadualkan lepas isteri bersalin dan pulang ke kg, aku nak cat kereta aku tu. Dgn kesan calar balar yang tak terkira banyaknya dan cat yang dah terkopek2 serta beberapa spot cat dah mati.

Last week ari jumaat, tokey kedai tu punye excited smpi sanggup dtg amik kete aku kat umah. Lagipon kedai dekat taman ni jer haa......aku pilih kaler white pearl....ala2 wish/harrier. Warna yang dah lama aku idamkan.....harga aku rasa berpatutan la.....sebab aku survey kat internet kalu ade pearl2 ni harga dia 2k++. Aku harap kedai ni dpt memberikan hasil yang terbaik.....sbb byk waja putih diluar sana aku tak berkenan dgn keputihannya.....tp ade beberapa waja putih yg mmg cantik menarik kau mmg dabomb......


My upcoming waja



Tadi saje2 suke2 pegi bengkel cat tu.....so far cat undercoat putih. Maybe malam ni start spray white pearl. Hopefully by Sunday dah boleh amik kereta.

Agenda ke 2 adalah repair pagar yang telah ku langgar ketika reverse. Huhuhuhu......akibatnya sebelah pagar dah senget dan tak boleh bukak. Ptg smlm aku dah panggil bengkel besi kat taman ni. Katanya kalau bhgn besi yg attach dgn bearing dah remuk, makanya kene ditukar besi tu. Sbb bila dah remuk, besi tu takkan dpt menampung berat keseluruhan pagar. Solutionnya kene bukak pagar, bwk blk bengkel, potong bhgn besi yg remuk dan tukar dgn besi lain pastu cat balik. Bearing dah tentu2 kene pasang yang baru. Makanya rumah aku dah takde sebelah pagar. Kalau org lalu lalang tgk mesti tenung agak lama kat rumah aku tu.....hakhakahakhak


Pernah tak korang jumpa rumah gini.


So dah 2 mlm lah rumah aku ni rompong tanpa sebelah pagar. Deep down risau jugak dlm hati. Tapi apakan daya, tawak jer la kpd Allah. Maybe sabtu ptg dah siap katanya. Mcm beselah janji melayu. Jgn expect tinggi sgt.

Kete volkswagon tu dah seminggu aku pki. Ni kete kak som. Org tua tu terlebih kete plak kali nih. So mmg kene sgtlah. Asalnya nak pinjam Myvi. Tapi awek anak dia plak nak pki ade test apa tah. Terpaksalah aku mem beatel kan diri. Memula bwk mmg kekok giler lah.....mcm bwk bas pon ada. Enjin dah la kuat.....sib baik ade ekon tapi mmg sejuk tahap gaban. Gaban pon kene pki jaket kalu duk dlm kete ni. Hahakhakahka......

Agenda ke 3 adalah membeli water heater. Almaklum la permaisuri saya yg sdg berpantang di kampung tu....tak lama lagi nak blk sini. Jadi dia dah pesan siap2 supaya pasang water heater ye abg....permaisuri saya ni ala2 western pon ada...menggelupur bila kena air sejuk.....kuikuikui......

Agenda ke 4 merepair paip yg pecah. Ni kerja pemaju lah ni. Dah berbulan2 aku report, dia hantar nye wak indon suh cek. Wak indon ni kata nnti dia pesan sama itu kontraktor paip suruh dtg bikin. Sampe ke syudah itu wak tah ke mana, kontrak paip tah kemana...waduh...bikin pusing ini org.......terpaksalah aku report sekali lagi..kali ni aku mintak borang aduan sekali...sib baik takde borang komplen......last week 2 org indon dah dtg repair...terpaksa pecah jugak lah dinding sikit nak tgk kebocoran......pas dah setel sesi tampal menampal.....derang kata nak panggil wak indon tu blk suh tacap dinding tu......tp dah seminggu ni tak muncul2.......

Aisey....takde update psl afiqun pon ek....hehehe..sorilah ibu...next update ayah citer psl afiqun ek.....slmt berpantang dan semoga cepat sembuh....rindu sgt2 kat Huda nih......

1 comments:

Agoogoo said...

wow, pemanduan saya akan lebih selesa lah nanti!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin