Saturday, October 23, 2010

Suatu ketika


Suatu ketika dulu aku pernah menjadi ettamu Allah di tanah suci. Mmg dah lama aku nak ceritakan pengalaman sepanjang berada kat sana. Cuma tak ada kekuatan nak menulis. Bukan apa takut2 penulisan aku tu nnti akan menjadi penyebab utk org takut utk ke tanah suci. Berdosa hukumnya kalau kita menceritakan sesuatu sehingga menyebabkan org takut nak ke tanah suci. Begitulah kata ustaz kat Madinah sebelum aku balik ke Malaysia. Apapun aku cuba utk mengatur ayat dengan baik. Supaya orang lain bersemangat nak menunaikan rukun Islam yg ke 5 ni.

Plan asalnya kami nak pergi bertiga. Disebabkan abah yg uzur, maka harus seorang anak dijadikan teman. Tapi ntah mcm mana takde rezeki abah nak ke tanah suci. Abah sakit teruk dan doktor pon konfirm abah tak boleh pergi. Maka aku pun mengambil alih tempat abah utk temankan mak ke sana. Peluang ni di offer kepada semua adik beradik. Masing2 ade komitmen yg tak dpt nak dielakkan. Hanya tinggal aku dan Amar jer free. Amar pulak keje swasta dan tak boleh nak amik unpaid leave. So aku pun menawarkan diri utk menjadi peneman mak.

Lepas jer majlis reception kat Banting, kami terus ke Tabung Haji. Tuka nama abah kepada nama aku. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Masa pergi tu aku baru jer beberapa bulan berkahwin. Orang kata masih dalam tempoh berbulan madu gitu......tapi aku kuatkan hati, mungkin ini peluang Allah nak bagi kat aku utk jadi tetamu Dia. Org lain bersusah payah menugumpul duit dan menunggu giliran. Tapi aku secara automatik dpt peluang ni. Aku rasa sgt2 rugi kalau aku tolak.

Masa berangkat ke tanah suci, isteri aku hamil 3 bulan. Lagilah bertambah syahdu aku nak tinggalkan dia. Rasa nak menangis jugakla bila dah masuk ke dalam bangunan Tabung Haji Kelana Jaya tu. Tapi kontrol beb. Malu seh org tgk menangis. Hahkahakhakah.....flight pukul 8 pagi kalau tak silap. Sampi di Jeddah jam 4 ptg. Perjalanan lebih kurang 8 jam dan sgtlah bosan. Dalam hati berdebar2. Tak benti bertalbiah dan berzikir.

Dari airport Jeddah naik bas ke Mekah. Lebih kurang satu jam perjalanan. Sampi kat hotel dah masuk waktu Isyak. Punye la ramai umat baru blk dr Masjidil Haram. Bilik hotel kongsi 6 orang. Semua dari Selangor. So takde masalah komunikasi. Bilik Tabung Haji setkan bersebelah dgn pasangan. So takde masalah kalu nak panggil2 pegi makan atau ke masjid.

Dalam ramai2 jemaah tu aku lah yg paling muda. Tak terkira byk pujian yg aku dapat sebab muda2 lagi dah pegi haji. Aku cuma senyum dan istigfar jer. Bimbang dalam hati timbul riak. Kat Mekah jgn buat main2. Silap sikit Allah bayar cash. Bukan nak takutkan sekadar memberi peringatan. Subhanallah.

Tgh malam kami sebilik pakat nak buat umrah. Jam 12 kami bangun dan terus ke masjid. Ni lah saat2 yg aku takkan lupa smpi bila2. Dalam perjalanan jantung rasa mcm nak meletup. Mulut tak henti2 bertalbiah. Hati terus berzikir. Bimbang dgn dosa2 silam. Byk jugak aku baca kisah2 pelik di tanah suci ni. Mintak2 dijahkan perkara2 yang tak baik. Astagfirullah.

Semakin dekat dgn masjid makin hati aku bergedup kencang. Nampak jer menara masjid aku rasa dah mcm lemah longlai.......masuk jer masjid mata aku melilau mencari Kaabah. Kiblat solat aku selama nih.....mula2 mmg tak nampak.....jauh ke dalam masjid barulah aku nmpk hamba2 Allah sedang bertawaf. Menitis air mata aku tatkala melihat Kaabah. Masa tu mmg dah tak hirau org kiri kanan. Dah takde perasaan malu. Yang ada hanya perasaan terharu, sebak, sedih, gembira sebab dapat melihat Kaabah. Brader yg lead kami trus berdoa. Semua org dlm group aku tu menangis dan teresak2. Subhanallah.

Kami terus tawaf secara berpasangan. Tapi mmg dah pesan kalau hilang nnti carik jalan balik sendiri. So tak payah nak tertunggu2. Tangan mak mmg aku genggam erat. Bimbang kalau2 terlepas. Sepanjang 7 pusingan tawaf aku rasa sgt2 kerdil dan sebak. Boleh kata air mata mmg menitis jer baca doa kat buku. Aku baca kuat2 supaya mak boleh dgr dan ikut apa yg aku baca. Setiap pusingan doa yang berlainan. Jadi kita tak perlu risau kalau2 terlupa dah berapa pusingan. Cuma kene alert garisan permulaan tawaf supaya kita pasti yg kita dah lengkap satu pusingan. Dan jaga syarat2 sah tawaf. Bahu kiri tak boleh berpaling dr Kaabah. Dan kalau boleh anggap tawaf tu mcm kita tgh sembahyang. Hayati bacaan doa dgn hati yg penuh khusyuk.

Ramai jemaah negara lain especially, tawaf sambil bersuka ria. Sambil berborak2 laki bini, tunjuk situ sini, tergelak2, sempat amik gambar dgn kamera lagi. Astagfirullah. Sah atau tak Allah saja yang tahu. Dah selesai tawaf kami carik port depan Multazam (pintu Kaabah). Multazam ni antara tmpt yg mustajab berdoa. Kami solat sunat 2 rakaat. Tapi mmg hectic giler lah....punya lah ramai org amik port kat sini. Jgn harap la nak dpt solat tanpa gangguan. Kat sini dpt tempat solat jer terus. Tok sah hirau kepadatan manusia yg lalu lalang. Toksah kira saf betul ke tak. Tp kalau dah pas solat tu cepat2 berdoa. Yang ringkas2 jer. Kasik can la org lain pulak. Subhanallah.

Pas tawaf melilau nak carik tempa Saei. Aku bajet Saei tu di luar masjid. Nama pun bukit Safa dan Marwah. Nasib baik ternampak sign board tulis Safa. Rupa2nya dlm kawasan masjid tu jer. Sib baik la aku tak carik kat luar tadi. Safa ni mcm cerun jer. Tapi ade la kawasan yg tinggi. Ramai jugak la manusia duk kat atas2 tu. Laluan antara Safa dan Marwah ni bertile dan agak besar jugak laluannya. Jadi takde masalah utk ulang alik 7 kali. Masa kat zon lampu hijau jer disunatkan berlari2 anak bagi yg lelaki. Ade jugak yang lari pecut aku tgk. Maybe bekas jaguh olahraga kot. Hehehe...Cuma bila dah last2 tu terasa jugak mcm nak tercabut lutut.

Abis jer Saei trus bercukur. Just potong sekurang2nya 3 helai rambut. Elok bawak gunting kecik dlm beg. Masa kami tu aku mmg tak bwk gunting. So pinjam jer la sapa2 yg ade kat ctu. Lepas dah cukur mana tah pi owner nya. Org India kalu tak silap aku. Nak pulangkan blk tah cemana tah. So aku pas jer la kat org lain yg senasib dgn aku sbb tak bwk gunting.

Alhamdulillah setel dah umrah. Lebih kurang 4 jam jugak la. Start dari hotel kol 12 mlm. Siap kol 4 pagi. Kami decide nak tunggu Subuh terus. Mak amik saf belakang sikit. Sebab sebaiknya saf depan bagi kat kaum lelaki. Tak lama azan berkumandang. Aku yg jahil ni dgn yakinnya solat sunat sebelum subuh. Tetib aade brader pki baju melayu duk sebelah aku. Dia tegur, katanya belum masuk waktu lagi. Kat sini mmg azan 2 kali. Yang 1st tu nak suh org bangun tido. Yg 2nd tu baru azan masuk waktu. Brader tu tanya lagi aku lagi, baru smpi ker. Aku jawab haah. Dia senyum jer. Malu seh........

Lepas Subuh, kami pon balik ke hotel. Masa masuk aku tak mark pintu mana aku masuk tadi. So melilau la jugak mata mencari land mark. Aku tgk seme bangunannya sepesen jer. Nama2 kedai pon sepesen jer. Aduhai....cemana plak nak carik jln blk nih. Dalam hati berdoa jugak la supaya di tunjukkan jalan. Alhamdulillah aku ternmpk satu kedai masa on da way dtg td. Pastu nmpk ramai jemaan Mesia ikut jln tu. Aku pon belasah jer lah. Akhirnya smpilah kami ke hotel. Masjidil haram ni tersangatlah besar. Even dlm masjid pon boleh sesat dibuatnya. Bangunan2 kedai kat luar masjid pon lebih kurang sama jer designnya. Jadi berhati2 lah dan kalau boleh sila mark nombor pintu yg anda masuk tadi. Dan keluar menggunakan pintu yg sama.

Takat ni dulu episode 1.....Afiqun dah terbangun dan minta dibelai2.....kacau tol la org nak berblog......tunggu episode 2.....insyaAllah.....


3 comments:

Agoogoo said...

2 tahun br sapai seru nak share xp ngn public ek huni? cerita2 pngalaman haji sntiasa mbuat jiwa saya tersentuh..
cpt2 update, jgn sapai 2 thn plak br smbung part 2. huhu..

sanie said...

hohoho....bergantung kepada tahap feel gak....afiq asik gayut kat leher jer....cemana feel nak mari....

mimi said...

x sabar nk tgu episod 2!
teringat gra pye diary..wujud lg kah?haha

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin