Tuesday, August 10, 2010

Sudah Jatuh Di Timpa Tangga

Korang ingat tak masa zaman2 sekolah dulu. Kene buat karangan berdasarkan tajuk simpulan bahasa. Seingat aku yg femes dulu bagai kacang lupakan kulit, bagai aur dengan tebing, menanam tebu ditepi bibir, bagai menatang minyak yang penuh, bagai isi dgn kuku dan mcm2 lagi lah. So kali ni aku nak buat sedikit karangan tidak melebihi 250 patah perkataan dengan tajuk sudah jatuh di timpa tangga.

Setelah pulang dari kerja, rutin saya adalah melawat kebun yang tidak sampai sekangkang kera untuk melihat hasil-hasil tanaman. Walaupun pada sebelah pagi sebelum pergi kerja saya sudah melawat, tetapi adalah menjadi kewajipan kepada saya untuk melawat sekali lagi di sebelah petang walaupun saya tahu tidak akan ada perubahan yang drastik. Sekadar 'saje saje suke suke'.

Selesai menunaikan solat maghrib, kami pun bersiap-siap untuk keluar makan malam. Cadanganya hendak ke pasar malam di Taman Teratai. Saya memang suka benar dengan menu 'char kuey teow' yang ada di situ. Saya menghidupkan enjin sambil menunggu Afiq dan isteri masuk ke dalam kereta.

Sudah menjadi kebiasaan, Afiq ditugaskan sebagai AJK Buka/Tutup Pagar. Afiq memang dah lama menjawat jawatan ini dan selama ini Afiq menjalankan tugas dengan baik dan penuh dedikasi tanpa disuruh. Afiq sendiri akan mengambil alat kawalan jauh dan menekan butang 1 untuk membuka pagar. Kemudian Afiq akan meletakkan kembali alat kawalan jauh itu dan mengambilnya semula untuk menutup pagar.

Saya menoleh ke cermin sisi kanan dan memastikan pagar telah terbuka. Dengan penuh keyakinan saya pun mengundurkan kereta. Tiba-tiba terdengar bunyi seretan 'krekkkk'. Saya dan isteri berpandangan seketika. Saya pandang cermin sisi sebelah kanan dan mendapati pintu pagar yang sebelah lagi tidak terbuka dan saya telah pun melanggar pintu tersebut.

Hasil pelanggaran itu, pagar tersebut telah senget sedikit dan besi dibahagian bawah telah bengkok menyebabkan pagar itu tidak lagi boleh dibuka secara auto mahu pun manual. Kereta saya pula telah tercalar yang agak besar di bahagian tepi berhampiran lampu belakang.

Setelah mendapat pertolongan daripada Pak Bakar, jiran sebelah rumah saya, maka pagar tersebut dapat diletakkan pada posisi asal namun memerlukan pembaikan di bahagian 'bearing' kerana telah senget.

Malam tadi saya agak susah untuk melelapkan mata. Terus saya capai telefon bimbit and fon telinga. Saya pun melayan lagu-lagu 'mp3' jiwang zaman dulu kala. Sungguh ayik melayan sehinggakan apabila terbangun pagi tadi, saya dapati fon telinga masih di telinga saya.

Setelah solat Subuh, seperti biasa saya melawat kebun dan membuat sedikit pembersihan rumput-rumput liar. Selesai mandi dan bersiap, saya terus mendapatkan kunci motor dan menghidupkan enjin motor. Tiba-tiba saya dapati, 'sport rim' motor yang saya letakkan di tepi dinding telah hilang. 'Sport rim' tersebut adalah rim asal motor saya. Baru bulan lepas saya tukar dengan 'sport rim' yang baru dan saya letakkan ditepi dinding di tempat letak kereta.Saya baru sahaja berniat untuk memberikan 'sport rim' tersebut kepada anak saudara saya di Klang.

Saya merasa sungguh geram kerana sudah ada pencuri yang berani memasuki kawasan rumah saya. Saya simpan perasaan geram itu dan terus mencapai beg untuk pergi ke tempat kerja. Dan yang lebih menggeramkan saya adalah, topi keledar saya turut dicuri. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh........geram aku memang geram........selama ini topi keledar itu saya hanya biarkan sahaja di atas motor. Ini mesti kerja bueak-budak kaki rempit. Saya rasa perlu untuk saya memasang CCTV di kawasan rumah. Sekurang-kurangnya saya ada bukti dan tahu siapa yang yang mencuri.

Apapun, benda sudah berlaku. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Begitulah kisah saya yang sudah jatuh ditimpa tangga.

2 comments:

amar said...

seb baik dia tak rembat ngan motor2 skali, tak yah sport rim bagai asal sampai sudah...apsal pagar tu tak bukak lak kan ke auto..

sanie said...

tu la psl....sebab besi kat bwh tu dah terbengkok dan tersekat ngan simen...takleh nak gerak....so sebelah pagar jer lah boleh bukak...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin