Alhamdulillah......aku telah berjumpa dgn wallet ku....huhuhu....pagi tadi on da way nak ke tmn u, hati aku tergerak nak pegi lagi usha kat crime scene.....crime ker....heheh..... sendiri cuai lagi nak salahkan org plak....
Terus aku tanya brader yg jual kuih tu. Dia kata mmg ada org amik wallet aku tu. Pagi td pon dia dtg jumpa brader tu, tanya kot2 tuan punya wallet ade dtg tanya. Lega sungguh aku rasa. Brader jual kuih tu pon kasik no tepon hamba Allah yg pegang wallet aku tu. Trus aku tepon n set nak gi umah dia.
Terima kasih tak terhingga buat En Roslan atas jasa baik menyimpan wallet aku. Asalnya dia nak kasik kat polis tp dia tgk aku ada 2 IC. Tu yg dia simpan jer dulu. Kalu aku tak pegi tanya tadi, sah2 aku akan dpt IC yang ke 3. Huhuhuhu......
Masa nak amik tu dia tanya asal dr mana. For verification purpose. Aku jwb la dr Banting. Dia kata dia letak gak notis kat surau. Siap letak nama aku lagi. Tu lah moralnya....lenkali rajin2 la ke surau yer....dia jumpa wallertaku betul2 atas jalan. Agaknya cicir masa aku masuk kete la tu.
Apa pun aku bersyukur sgt2 sbb jumpa blk wallet nih. Kalu tak mmg jenuh la nak buat blk segala mak nenek dlm wallet tu.....tu belum kira denda nak buat IC lagi. Dgr kata rm300. Moral of the story.....sila pastikan wallet anda berada pada posisi yang selamat setiap masa.
0 comments:
Post a Comment