Tuesday, January 5, 2010

Home Decor

Lama sungguh ku ku takmengupdate blog ini...bukan aper sibuk dengan kerja2 luar...so hari ni darupada aku melangut tak tentu arah baik aku update blog...topik hari ni adalah home decor...

Sekarang ni masih dalam fasa mengecat. Living hall dah siap. Feature wall ( betulkah ejaan tu) kaler oren dan non feature wall kaler light yelow. Yang kaler oren ni susah sket nak cat. Sebab kene buat 2 layer. Kalu satu layer jer nnti nmpk sgt yang cat tu mcm tak rata. Kaler light yellow tu senang jer. Sekali tenyeh jer dah nmpk cun.

Hall ke 2 baru siap cat kaler hijau. Cat light green dah beli cuma belum cat lagi. Hall atas pon baru siap cat kaler oren. Ikut tema yang sama dengan hall bawah. Dinding kat tanggan tu pun nak dicat. Tapi memandangkan dinding yang terlalu tinggi, kene la pakai stick yang panjang. Cuma problemnya nak letak masking tape supaya cat kat border antara dinding dan syiling nmpak lurus tak comot. Yang bahagian ni memerlukan kecekalan yang tinggi, maybe kene KIV dulu sementara.

Bilik2 tidur nak cat jugak rasanya. Since banyak lagi lebihan cat. Maybe bilik tidur ikut tema green/light green. Baru la terasa syahdu gtu...cuma plan asal nak buat satu bilik utk kanak2 ribena. Nat cat kaler2 yang terang ala2 dlm majalah tu...nak hias dengan perabot2 n katil serta almari kanak2 ribena terpaksa di tangguh. Kerana perabot2 kanak2 ribena lebih mahal daripada set bilik tidur quenn. Dan kanak2 ribena hanya baru sorang dan suke menyempitkan diri atas katil bersama ibunya menyebabkan bapanya terpaksa mengalah dan tidur dibawah...makanya projek bilik kanak2 ribena kene KIV jugak.

Hiasan kalimah2 suci dah pon di gantung dengan jayanya. Cuma ade lari allignment sket. Hehehe...hiasan bunga2 jer belum ade. Aku rasa si isteri tak minat kot dengan hiasan2 bunga2 nih. Sebab dia takde pulak menyebut2 utk ke arah itu. Aku pun rasa macam semak jer bunga2 plastik nih. Bukan apa....nnti kang berhabuk n jadik tempat persembunyian nyamuk2 jer. Huhuhuhu....

Bab ni si isteri paling minat. Menggantung frame2 gambar...hehehehe....di obses sket bab2 gambar nih. Siap pancing aku ajak blk Banting ujung bulan nih. Nak pegi IKEA nak carik frame gambar la tu....huhuhu....

Langsir hasil jahitan ibu mertuaku dah pun siap di gantung. Cuma tinggal satu tingkap n pintu2 bilik yang belum siap setelah berapa bulan tah tempah aku pon dah tak ingat. Ekekekek...jgn marah ye mok...

Perabot wajib rasanya dah complete. Cuma tinggal meja kopi jer yang takde. Meja kopi ni aku nak carik yang berkaca hitam dan beroda. Supaya senang nak tolak ke tepi bila tak guna. Bila tetamu dtg baru la tolak ke tengah ruang tamu. Aku lebih prefer ruang tengah antara sofa tu kosong. Sebab boleh landing2 dan kanak2 ribena boleh bebas bermain. Tapi meja2 kopi style skang ni semuanya berat2. Design mmg cantik dan mmg matching dah ngan sofa. Cuma tak boleh nak dihangkut kesana kemari. So far aku baru jumpa satu meja kopi yang moden dan beroda. Tapi design dia agak kureng sbb kaca dia tak hitam sgt2. So kene luaskan pencarian lagi rasanya dan KIV dulu....

Esok kontraktor akan datang pasang gate yang baru. Plan asal nak modified gate. Tapi setelah kelabu mata melihat katalog2 gate, maka kami pon tempah gate yang baru. Tukar gate di sebab nak pasang autogate. Kalau psg autogate jer tapi gate standard mcm tak best. Itu kata si isteri lah....huhuhu......

Bahagian depan rumah kami sambung awning polycarbonate. Asalnya nak buat ala2 rumah limas yang siap ukiran kayu2. Tapi harganya mak datuk.....14K.....kalu design yang bese2 tanpa ukiran ....9K..adehhh......tanya dengan Lee dia proposed sambung bumbung ikut design asal...dia quote rm8800.....uyaiiiii....over budget gak....
akhir sekali tanya kontraktor buat gate...ali kimpalan mahir .....dia quote rm3900 buat awning polycarbonate. Kebanyakan kontraktor lain quote 6K++....so pasang awning jer lah dulu....sebab pasang awning ni cat kete aku dah mati dan terkopek2....mana taknya...berpanas berhujan berembun...lagi satu bila hujan tempiasnya separuh car pourch.....dan kanak2 ribena pon boleh bermain2 didepan kalau ujan tak lebat.....

Niat di hati nak pasang tile kat car pourch. Separuh pemaju dah pasang. Tinggal nak pasang separuh lagi. Tapi kebanyakan kontraktor takmo pasang separuh lagi. Sebab pemaju letak konkrit. Derang kata konkrit ni keras dan susah nak dipecahkan. So solutionnya kene pasang tile seluruh car pourch dan buang tile yang lama. Aku rasa mcm sayang plak nak buang yang ade nih. Sebab tile ni pon baru lagi. Kalu dah buruk sgt2 atau dah pecah2 ker maybe boleh la ditukarkan semua. So projek tile car pourch ni pon KIV dulu .....maybe ni KIV paling lama kot.

Projek pertanian dan landskap pon tak start lagi nih. So far baru beli cangkul...hakahkahak...kunun2 nak ratakan tanah dulu la sebelum beli pasir n rumput. Konsep landsap pon masih dalam pemerhatian. Tatau nak tanam pokok ape yang sesuai lagi. So permulaan mungkin tanam rumput karpet dulu kot. Pokok2 akan difikirkan kemudian. Projek pertanian akan dimulakan dengan penanaman pokok cili. Hehehe..memandangkan aku ni kalu makan tak sah kalu takde cili...maka pokok cili akan diutamakan....pak bakar sebelah rumah dah lama tanam kacang panjang n bendi. So pasni boleh la bertukar2 sayuran...ekekeke...tah menjadi tah tidak tanaman aku nih...harap2nya menjadi lah yer....

Tulah sikit sebanyak plan utk home decor kami. Harapnya segala perancangan dapat berjalan dengan lancar....semoga tahun 2010 membuka lembaran baru utk kami sekeluarga...kalu ade sesiapa yang sudi memberikan idea/konsep...boleh la letakkan di chatbox atau komen yer....cadangan anda amatlah dialu2 kan...

1 comments:

Agoogoo said...

plan berapi-api..tp bile wknd duk melangut jek..stgh thn pon ntah siap ke x seme planing ni. huhu..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin