Semalam kontraktor autogate aku datang ke rumah. Sebelum ni dia mmg ade pesan, chek sama ada gate aku tu balance ke tak. Aku pun mmg dah check dan gate aku mmg tak balance. Huhuhuhu......Kalau dari dalam, gate yang sebelah kiri tu asik nak ke dalam jer. Gate yang belah kanan pulak asik nak keluar. Sepatutnya dalam keadaan idle, dua2 gate tu duk diam jer atau pon swing sedikit ke kanan dan kekiri.
Aku dah kol pon si Ali Kimpalan Mahir tu. Suruh dia balancekan balik gate tu. Tapi jawapan dia aku mmg dah agak dah "Gate abg tu boleh jer pasang autogate. Takde masalah. Gate tu mmg mcm tu bang. Cina autogate tu tah2 baru sehari ke seminggu pasang autogate." Aku pasrah jer dgr jawapan mcm tu.
Dan semalam Cina autogate tu tak berani pasang. Sebab kalau dia pasang pon kendian hari sure ade problem. Logiknya kalau gate tu asik nak kedalam jer, masa nak bukak gate arm memerlukan daya yang kuat utk menolak gate. Dan masa nak tutup pulak, arm memerlukan daya yg kuat nak stopkan gate. Kalau gate asik keluar pulak, arm memerlukan daya yg kuat nak stop kan gate. Masa nak tutup pulak, arm memerlukan daya yang kuat nak tarik gate. So lama kelamaan arm akan cepat rosak.
Ada betulnya teori Cina tu. Dan dia ade letak timbang air kat gate tu....memang terang lagi bersuluh kedudukan gate tu tak tegak. Aku benornya malas dah nak suruh si Ai tu bikin balik gate. Sebab aku rasa kalau dia buat pon hasilnya tak memberangsangkan. Walaupun aku rasa agak rugi kalau aku aku suruh org lain yg betulkan gate, tapi kalau hasilnya bagus tak rugi jugakkan.
Ni lah masalahnya dengan kontraktor melayu. Asal dah dpt payment, terus blah. Pastu kalau ade problem bagi macam2 alasan. Buat kerja asal siap. Kualiti tak jaga. Harga murah tapi kalau kualiti tak jaga, bikin hati panas jugak. Bak kata pak Bakar "Orang melayu ni buat kerja bagus, lebih kurang jer mcm orang Cina, tapi hati kita panas".
Last week ade jiran aku dtg rumah. Tanyakan harga awning. Dia pun berminat nak pasang jugak tu. Aku pun trus bagi no kontek si Ali ni. Sebab harga dia yang paling rendah dalam byk2 quotation yg aku mintak. Semalam petang, Jo (laki Nor) dtg umah aku, dia pon minat jgk nak buat gate n awning tu. Maybe tgh kumpol duit dulu kot. Tapi aku citer semua yang tak best psl hasil tangan Ali tu....
Padan muke ko Ali....pasni malas dah aku nak rekemen ko kat jiran2 aku yang lain....
0 comments:
Post a Comment