SajesajeSukesuke

I'm a man, and I blog. Who cares. Kuikui..

Thursday, May 21, 2009

Trauma

Sejak dua menjak ni aku rasa macam trauma jer . Especially bila nak tido malam. Mata memang rasa mengantuk. Tapi hati aku rasa macam tak sedap hati jer. Mengenangkan peristiwa motor aku dicuri. Ditambah lagi kes polis menembak mati geng bonding lepas merompak rumah kat Kempas.

Baru2 ni aku sembang2 dengan jiran sebelah. Katanya kejadian pecah rumah makin menjadi2 kat taman kitorang tu. Seminggu sebelum motor aku hilang, selang bebrapa rumah dari rumah aku cuba dimasuki pencuri. Tapi gagal sebab jiran terdengar bunyi bising. Tuan rumah balik kampung. Tak lama lepas tu tuan rumah terus upgrade pasang autogate.

Beberapa hati lepas motor aku hilang, rumah pengerusi surau pulai utama kene pecah. Pencuri bawak lari cash RM6000 dan sebuah Kancil. Nasib baik anak2 nya tak di apa2 kan. In fact budak2 tu tak sedar pun rumah kene masuk pencuri.

Lepas tu sebuah rumah Cina dilorong 74, tak jauh dari rumah aku dipecah masuk pencuri. Yang ni tak diketahui apa barang yang hilang.

Ishhh....aku rasa macam dah tak selamat duduk kat area situ. Hampir setiap malam aku susah nak melelapkan mata. Selalu terfikir yang bukan2. Sebelum tido, bermacam2 ayat dan surah yang aku baca. Dalam keadaan macam ni, apa yang mampu aku buat hanyalah berserah dan bertawakkal kepada Allah. Semoga kami sekeluarga dilindugi dari malapetaka dan bencana serta gangguan daripada mereka2 yang berniat jahat.

p/s: rasa macam nak menuntut ilmu memagar rumah. Selagi ilmu tu tak bertentangan ngan ajaran Islam dan digunakan dengan betul, insyaAllah tak memesongkan akidah. Tapi yang pasti kita perlu berusaha dan bertawakal pada yang Maha Esa.


Monday, May 18, 2009

Lagenda 110Z



Ni lah motor aku yang baru. Yamaha Lagenda 110Z. Berwarna maroon hitam. Dilengkapi dengan sport rim 7 batang , tayar tubeless , pengunci tayar serta benda yang paling penting adalah 'alarm'. Huhuhuhuhu.

Dah 3 hari aku ronda2 dengan motor baru ni. So far oklah. Namun jauh disudut hati, aku masih rindu akan motor LC ku yang hilang.

Dari segi kuasa, lagenda memang tak boleh nak di compare dengan LC. Ternyata LC adalah kapcai terbaik@terpower@orang tersuka curi setakat nih.

Beberapa faktor yang mendorong aku membeli motor ni:

1. Design - aku rasa design dia menarik tertarik kau memang tembam. Huhuhuhu....

2. Safety - motor ni dilengkapi dengan ciri keselamatan baru. Iaitu penutup lubang kunci dengan menggunakan bahagian belakang kunci motor.

3. Compartment - kat bawah seat moto ni, ada sedikit compartment. So aku lipat baju hujan dengan compact dan simpan kat bawah seat. Jimat sket tak payah beli box givi letak kat belakang. Melainkan kalu baju hujan cap Givi. Baju hujan Givi agak tebal sedikit. Jadi susah nak dikompakkan.

Tapi ada beberapa kelemahan yang aku detect kat motor ni.

1. Tayar - by default Yamaha kasi tayar cap Vee Rubber. Tayar ni memang lemau, hampeh dan tak berguna. Sebelum moto LC aku pun guna tayar ni. Baru pakai 3 bulan tayar tu makan tak rata. Kita boleh rasa permukaan tayar tak sekata. Sebab tu bila jalan boleh rasa yang handle tak stabil. Dan bila korner rasa macam jalan licin. Disebabkan itu, aku terus trade in tayar ni dan tuka dengan tayar cap Duro.

2. Cepat panas - Bila jalan jauh kaki aku boleh rasa bahang dari enjin. Sebab aku pakai selipar.

3. Tempat gantung helmet - Biasanya motor ada tempat gantung helmet kat bawah seat dekat penutup tangki petrol. Masalahnya motor ni punye ada kat belakang. Dekat dengan spoiler belakang. Aku tak pasti sama ada benda tu untuk gantung helmet ke tak. Tapi aku dah test boleh jer buat gantung helmet. Belasah jer lah...




Pandangan hadapan.



Pandangan belakang


Lubang kunci yang tertutup.


Panel meter


Baju hujan & seluar yang dikompakkan

Hepi Belated Besday Sayang!!!

happy birthday Pictures, Images and Photos



Selamat Hari Lahir Sayang!!!!
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
I Love U So Much!! Mmmmuuaah!!!!


p/s: bila nak tambah rezeki lagi nih!!!!ngehngehngeh

Monday, May 11, 2009

Benda dah nak jadi......

Isteri : Bang, malam tadi tak kunci pagar ker?
Suami : Ehh....kunci la.
Isteri : Bang, Moto hilang !!!!!!
Suami : Haaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Terus aku bergegas tengok ke luar rumah. Sekali betol daaaa.....moto lc kesayangan aku dah hilang. Cilakak punye penyamun tarbus. Kalau aku dapat ko, aku kerat 21.

Jiran aku kata dia ada dengar bunyi bising kat pagar lam pukul 4 pagi. Jenguk kat tingkap, dia nampak 2 bijik motor sedang bergerak keluar dari gate umah aku. Tapi dia tak perasan pulak sape mangkuk2 tu.

Yang aku geram tu, derang ni berani betul pecah pagar rumah nak curi motor masa tuan rumah ada. Kalu masa aku balik kampung ker, logik la jugak.

Yang aku sedih tu, motor aku tu dah pasang alarm. Apsal la aku tak picit jer button alarm tu sebelum tido. Aduyaiiiiiii.......

Bila dah takde moto mula la patah kaki. Nak gi keje kat JB bawak kete leceh. Nak mengharung jem satu hal, parking mahal nak mampos satu hal.

Nak tak nak terpaksalah aku booking satu lagi motor. Nak baya cash memang aku takde duit. Terpaksalah bayar ansuran. Sepatutnya ansuran moto yang hilang tu pun aku kene bayar bulan2. Tapi tokey kedai tu kata takpa, bayar dulu ansuran moto baru. Moto yang hilang tu nanti  bayar sekaligus bila dapat claim insurans.

Kesimpulannya, bila hilang moto ni memang tension, leceh dan rasa macam nak bunuh orang. Tapi apa nak buat. nak marah2 pon tak guna, benda dah nak jadik. Jadi sesiapa diluar sana, sentiasalah berhati2 dan berwaspada. The world is no longer a safe place.

p/s: Bila la nak laksana hukum hudud ni. Aku kira pencuri motosikal layak dipotong tangan dan kaki nya. Semoga jadi pengajaran kepada mereka2 yang berhasrat untuk mencuri.

Tuesday, May 5, 2009

My New Sony Ericsson W350i



Dah beberapa hari dah aku duk berfikir nak beli henfon. Semalam aku terbeli henfon ni. Entah macam mana tetiba aku terberkenan pulak dengan design nya yang slim melim, resolusi skrin yang baik dan juga sistem bunyi yang sedap didengar.

Phone ni ade kamera tapi setakat 1.3 Megapixel dan tak ada flash. Function lain aku rasa sama jer dengan kebanyakan telefon lain. Cuma henfon ni lebih kepada fungsi walkman. Dilengkapi dengan memori kad 1GB, so banyaklah lagu2 mp3 yang boleh disimpan.

Ekceli aku bukannya saje2 nak beli phone baru. Kompeni aku skang ni kunun2 nya nak cut cost dengan alasan economy down turn. Padahal business tak terjejas pon sebab kebanyakan kontrak adalah daripada jabatan kerajaan. Ambik kesempatan la tu.

Sebelum ni kompeni bagi elaun tefefon sebanyak 100 sebulan. Tapi baru2 ni derang kasik sim kad celcom kepada 41 staff. Penggunaan adalah dihadkan kepada Rm70. Kalau lebih maka gaji kita akan dipotong. Alasan mereka adalah kita boleh berjimat kerana dapat call free sesama sendiri. Yang aku peliknya, ramai member2 aku yang join lebih awal dapat sim kad Maxis. So kalu betul nak jimat, tuka la semua kepada Celcom. Dalam 42 orang yang dapat sim kad baru ni, hanya 4 orang jer yang satu team ngan aku. Yang lain tu ntah sapa2 aku tak kenal.

So skang ni terpaksalah aku guna 2 telefon. Dah macam koboi pulak henfon kiri kanan. Pasni mungkin aku nak beli lagi satu henfon letak kat kaki plak. Koboi kan besenya simpan pistol rahsia kat buku lali. Barulah koboi....

Monday, May 4, 2009

TM

Awal April, aku dapat interview kat Telekom Malaysia. Jawatan sebagai IT Exec. Dengan penuh semangat aku pegi interview. Sebab nya buka nya senang TM nak panggil interview. Selalunya dia akan bukak jawatan kosong untuk orang dalam jer.

Masa interview dia ada mention, intake kali ni seramai 60 orang. Dia nak pakai orang untuk projek HSBB. Interview ni plak dijalankan selama 3 hari. Aku rasa memang ramai gila la yang datang masa hari aku interview tu.

2 minggu dah berlalu masih tak ada jawapan dr TM. Aku pun malas nak follow up. Tup2 minggu lepas HR TM telefon. Katanya aku berjaya dalam interview tu. Dia suruh pegi KL amik offer letter. Tapi dia tak bagitau pulak berapa gaji yang dia offer.

Aku gumbira tak terkata. Aku agak yakin yang TM akan offer gaji yang aku mintak masa interview. Aku letak expected salary 3500. Then dia tanya how low u can go. Aku cakap 3200. Then dia angguk2 sambil note something kat borang aku. Aku agak paling kurang pon dia akan offer 3000.

Tapi masalahnya wife aku awal2 lagi dah muncung sedepa. Mungkin dia rasa tak syok sebab kalau aku terima offer tu, kami akan kembali ber 'PJJ'. Aku pun serba salah dibuatnya. Tapi ramai member2 aku kata try usha dulu offer yang TM bagi. Then baru decide.

Hari Isnin aku pegi ke TM HR. Aku tengok ada 4 orang budak tengah bukak offer letter dengan muka yang berseri2. dapat jer offer letter aku terus belek2 mencari ruangan gaji. Sangatlah sedih aku tengok gaji yang TM offer. Rm2157. Aku gosok2 jugak mata 2 3 kali. Nak make sure samada betol ke 2157 atau 2751 atau 2571.

Budak sebelah aku pun dapat gaji yang sama. Terkulat2 aku sekejap. Rupa2 nya TM ni dah macam gomen. Bila masuk jer, semua status kontrak setahun dan dapat gaji basic yang sama. Aduhaii.....

Aku terus jumpa manager HR dan aku tolak tawaran tu. Dia cuba convincekan aku yang lepas setahun dan status tetap gaji aku akan naik RM2400. Dia suruh aku fikir dulu dan kalau rasa nak reject jugak dia suh email kat dia.

Aku rasa gaji 2157 agak tidak berpatutan. Melainkan untuk fresh grad. Sepatutnya TM mengambil kita latar belakang candidates sebelum offer keje. Sebab masa interview dia ada tanya tentang gaji terendah kita nak. Patutnya kalau bukan dalam bajet dia, dia dah tolak awal2 lagi. Ataupun citer la awal2, gaji mula2 masuk Tm adalah 2157. Sapa setuju bole interview sapa tak setuju boleh balik. Huhuhuhu....

Mungkin dah bukan rezeki aku nak keje ngan TM. Dan ada hikmahnya jugak aku tolak offer tu. Sekurang2 nya Afiq mendapat kasih sayang yang secukupnya dari seorang ayah. Dan wife aku sangatlah gembira bila aku tolak offer tu......tak kasik sokongan moral langsung..huh!
Blog Widget by LinkWithin