SajesajeSukesuke

I'm a man, and I blog. Who cares. Kuikui..

Thursday, January 29, 2009

Update : Beli Rumah

Pagi tadi kitorang dah jumpa dengan ejen Pulai Indah. Setelkan Sale n Purchase Agreement (SPA). Dah sign apa yang patut. Deposit RM1400 pun dah bayar tadi. Mulanya aku nak bayar deposit 1000 jer. Tapi kesian lak mamat ni kang lambat lak dia boleh claim komisen dia. So takpelah topup lagi 1400. Since deposit tu pon akan dipulangkan balik.

Pemaju ni bagi interest free for 45 days. Bermaksud interest tidak akan dikenakan dan diberi percuma selama 45 hari bermula dari tarikh SPA di tandatangani. Bermula hari ini, kitorang kene ikut semua prosedur dan pastikan Treasury membayar kepada pemaju mengikut progress rumah.

Kebanyakan pemaju tak cerita pasal interest ni. Derang citer yang indah2 jer. Masa nak amik kunci nanti baru sedar kene bayar interest pastu mula la maki hamun pemaju. Sebab tu pembeli kene pastikan selepas loan dah approve terus make sure bank/treasury bayar duit kat pemaju. Makin lambat financer bayar makin tinggi interest yang kita kene bayar.

Pengalaman member aku beli rumah dia kene interest RM375. Mulanya dia tatau pun pasal interest nih. Masa nak amik kunci baru tau. So kita kene push Treasury mempercepatkan proses pembayaran kepada pemaju.

Deposit air dan elektrik pon ditanggung pemaju. So tak payah nak pikir nak register dengan TNB dan SAJ. Semua pemaju setelkan. Legal fees dan stamp duty pun pemaju setelkan. So tak perlu risau. Hanya perlu bayar deposit sahaja.

Aku jadik penama kedua untuk rumah yang kitorang beli nih. Sebab nak kuarkan duit kwsp. Aku tengok dalam Akaun 2 kwsp aku ada la dalam 12k. Tu pun kompeni tak carum untuk tahun 2008. Ampes sunggus. Kalu tak ada la dalam 15k. Bole lah buat modal nak pasang grill, kipas, lampu, langsir, kabinet dapur dan yang sewaktu dengannya. (kalu ada duit lebey teringin gak nak sauk plasma tv satu. leh tampal kat dinding...ngehngehngeh)

Kak C kata dia habis dlam 30k masa nak masuk umah baru dia. Umang aiii...umah dia pon cantek jugak. Ada tanah tepi dalam 13kaki. Sambung dapur habis 11k. Kabinet 5k. Grill 3800. Plasma tv 42 inci 3K (Kak C punye psl la ni....bertambah terliur aku tgk plasma tv kat umah dia...huhuhu).

Kepada kengkawan yang nak beli rumah, study la dulu prosedur2 nak beli umah dengan kengkawan. Carik pemaju yang ok dan ejen yang bertauliah. Selamat membeli rumah.

Wednesday, January 21, 2009

Beli Rumah

Dua tiga hari ni aku sibuk memikirkan urusan membeli rumah. Sebelum ni memang dah ada cadangan nakbeli rumah. Lokasi pun kitorang dah decide. Antara Pulai Flora, Mutiara Rini dan Skudai Indah. Tapi pilihan paling dekat Pulai Flora la. Lokasi dia memang strategik. Dekat dengan UTM, Tmn U dan sebagai nya.

Tapi tah cemana ari tu terjumpa ejen Pulai Indah kat Jusco. Borak punya borak rasa macam berkenan pulak umah kat sana. Spec umah pon lebih besar compare dengan taman lain. Harga pun quite ok jugak.

Kebetulan si Nor pon dah booking umah cluster 2 tingkat dan nak pegi tengok show house dengan ejen dia. Kitorang pun mengambil kesempatan untuk mem folow jer la. In term of design aku suke dengan design umah ni. Luas rumah 26 x 60. 5 bilik dan 3 bilik air. Dan tiap2 umah ada tanah kat tepi. Keluasan tanah ni tak sama untuk setiap rumah. Tu yang aku berkenan kat umah ni. Harga umah berbeza beza mengikut keluasan tanah dan lokasi.

Pastu kitorang pegi tgk umah yang setingkat lak. Luas dia 26 x 80. 4 bilik dan 3 bilik air. harga rumah sekitar 171k bagi lot bumi dan 175k bagi lot international. Harga corner lot pulak sekitar 240k. Jadi kami membuat kesimpulan baik amik umah cluster.

Masalah umah cluster ni pulak pasal harga dia berbeza mengikut lokasi dan tanah. Mulanya kami dah booking dengan ejen cina tu. Harga sekitar 247K. Tapi ejen ni tak bawak kami tengok umah yang kami booking. Dia cuma cakap spec umah lebih kurang gitu gini. Tambahan pulak umah kami nanti sebelah umah Nor. So selamber jer lah booking.

Esoknya si Ati ni pulak booking dengan ejen melayu yg kitorang jumpa kat Jusco. Harga sekitar 243K jer. Aku rasa tak puas hati terus call ejen melayu ni. Dia kata memang harga umah cluster ni berbeza ikut tanah dan lokasi. So aku tanya la kot2 ade lagi umah yang harga lebih murah and tanah lebih besar. Dia kata ada 2 unit umah lokasi menghadap jalan dan luas tanah sekitar 7-8 kaki pada harga 244077.

Semalam aku ade jugak double check dengan ejen cina tu, mana la ade umah lain yang lokasi dan harga menarik ker. Tapi dia tunjuk umah yang harga sekitar 250K. Kami pun terus pegi ke tapak projek nak tengok dan ukur sendiri luas tanah tu.

Mula2 pegi umah yg mengadap jalan. Aku kira luas tanah sekitar 12 kaki dari longkang. Lepas tu panggil pulak ejen cina tu. Dia bawak pegi tengok umah yang kami booking tu. Aku ukur luas tanah 7 kaki dari longkang.

Logiknya, ada perbezaan luas tanah sebanyak 12 - 7 = 5 kaki. Dan perbezaan harga 247K - 244K = 3K. Kesimpulannya, kami cancel booking umah berharga 247K dengan keluasan tanah 7 kaki dan kami book pulak umah berharga 244K dengan keluasan tanah 12 kaki. Advantage umah mengadap jalan ni senang sket sedara mara datang nak parking tepi2 jalan tu. Umah yang berharga 247K tu lebih mahal walaupun tanah kecik sket sebab umah tu mengadap umah lain.

Pagi tadi, kitorang baru bayar booking fees 100 dan kasik surat kelayakan pinjaman kerajaan kat ejen melayu. Tapi dia mintak deposit 1500. So baki 1400 akan bayar masa sign Sale and Purchase Agreement. Yang peliknya si Nor hanya bayar 1000 jer deposit. Tak puas hati lagi kitorang kol sendiri ofis pemaju tu. Dia kata deposit sekitar 1k - 2k. Kalu customer tak mampu nak bayar 2k baya 1.5k pon takpe. Lagipon deposit tu nnti akan dipulangkan lepas dah dpat kunci.

So aku mintak la nak bayar deposit 1k jer ngan ejen melayu nih. Since nnti aku akan dapat balik duit deposit tu. Buat apa aku nak bayar lebih. tapi sampai ssekarang ejen tu tak reply lagi msg aku. Huhuhuhu.....

Saper2 yang berkenan nak beli umah kat Pulai Indah ni. Bole la kowtim ngan aku. Sebab ada promotion Buyer Get Buyer. Pemaju akan kasik 800 kepada buyer yang introduce buyer. SO duit 800 tu kite share la 50% - 50%. Dapat la sorag 400. Ok tak.

....bersambung lagi

Thursday, January 15, 2009

UPDATE : BOIKOT ISRAEL

Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika.


1) Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan
Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince
Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

2) Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut ?KFC
Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite , Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper

Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel . Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel .

3) Syarikat : Nestle
Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips
Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

4) Syarikat : Disney
Produk : Disneyland , Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem

Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel . Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.


5) Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut
Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca

Fakta : Syarikat kain terbesar Israel . Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

6) Syarikat : Nokia

Produk : Telekomunikasi, talipon bimbit dan elektronik

Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL .

7) Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut

Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette

Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel , Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel . Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun 1998.

Cool Syarikat : Johnson & Johnson

Produk : Kesihatan.

Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

9) Syarikat : Revlon

Produk : Kosmetik

Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel .

10) Syarikat : AOL Time Warner

Produk : Media Elektronik dan Cetak

Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30%
daripada portfolio keuntungan di Israel . Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.


11) Syarikat : IBM
Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel . Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

12) Syarikat : L'Oreal
Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy , Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson

Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel . Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.

13) Syarikat : Intel

Produk : Perkakasan computer

Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel . Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

14) Syarikat : Est. Lauder

Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila

Fakta : Pengerusinya Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika
Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel .

15) Syarikat : News Corporation
Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins

Fakta : Murdoch's New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel

16) Syarikat : Kimberly-Clark

Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex

Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

17) Syarikat : Procter and Gamble

Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, Close up, Colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean

MARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE - Ajax , Palmolive, Tahiti , Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen ?Dazs Ben & Jerry? CAMPBELL Kellogg? Canderel Levis Raid Heinz

Fikirlah secara logik disaat anda tidak mampu mengangkat senjata ke medan jihad..

inilah yang mampu kita lakukan selain dengan selemah-lemah iman di hati sahaja berkata...


sumber: tranungkite

Wednesday, January 14, 2009

FAMILY

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, " Adi k terjumpanya belakang rumah di semak"

" Adi k memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?


Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
melebihi keluarga kita, adakah ia merupakan suatu pelaburan yang bijak ?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
Blog Widget by LinkWithin