Friday, October 9, 2009

Rod Langsir

Dua tiga hari ni aku duk pusing keliling carik rod langsir. Byk gak kedai aku survey. Dari Jusco, Giant,kedai hardware smpi la ke kedai langsir. Aku ni kalau nak carik barang memang jenis suka survey harga. Bajet nak carik harga yang paling murah la.

Last2 semalam aku pegi Jakel kat Tampoi. Kat cni mmg byk stok rod kayu tu. Harga pon aku rasa paling rendah la antara kedai2 yang aku survey. Murah 20sen jek sekaki. Mula2 aku tak puas hati lagi. Aku salin jer dulu ukuran rod dan harganya. Tapi masa nak balik tu ade sorang akak tu duk racun2 aku. Ayat punye la manis.

Last2 aku pon mengalami keracunan kata2 oleh akak tu. So bila buat kira2 total seme RM600++ untuk satu rumah. Yang bagusnya derang boleh dtg rumah, ukur tingkap, potong dan pasang sekali tanpa caj. Malas nak pikir panjang aku terus jer baya deposit.

Ari ni tgh syok2 aku melayan Bee movie kat rumah, tetiba mamat Jakel tu tepon. Nak pasang rod langsir katanya. Aku bgtau semalam suh dtg sabtu ahad. Dahla aku tgh ngulor masa tu. Ekekeke..jgn bos aku baca sudah lah ni..kalu tak mampos aku. Aku pun cargas pegi rumah n tunggu derang smpi.

Masa nak pasang rod ni derang kene tebuk lubang kat dinding. Apa lagi, berhamburanlah habuk kat lantai. Aduhaiii..penat jer aku mengemop. Apa nak buat. Kalau nak pasang sendiri memang ler leceh. Esok terpaksalah aku mop satu round lagi. Adeh.....


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin