SajesajeSukesuke

I'm a man, and I blog. Who cares. Kuikui..

Thursday, October 22, 2009

Berita Sangat Hairan

Korang heran tak baca berita nih. Aku amik petikan daripada tukartiub.blogspot.com.

WANITA DITUDUH MENJUAL TIDAK CUKUP PROTEIN – berita hairan

DUNGUN: Seorang pembungkus belacan dijatuhkan hukuman denda RM600 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah menjual belacan yang tidak cukup kandungan protein seperti yang tertera pada label produk itu, April lalu.

Rahani Ali, 56, dari Kampung Kuala Setiu Fikri, Bandar Permaisuri yang membungkus belacan menggunakan label Belacan Cap Udang dituduh menjual tiga bungkus belacan di premis perniagaan Kedai Runcit Aminah Mamat beralamat 780, Jalan UiTM, Kampung Sura Hujung, di sini, jam 11.25 pagi pada 7 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 13B (2) (e) Akta Makanan 1983, yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Dungun, Mohd Yusoff Othman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Selepas rayuan meringankan hukuman, Majistret Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman denda ke atas Rohani RM600. Denda dibayar oleh suaminya Dzurudin Abdullah, 62.

Mengikut fakta kes yang dikemukakan di mahkamah, pada jam 11.25 pagi pada 7 April lalu, Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Dungun, Rani Mohd Yatim melalui Badrulhisham Abidin, 31, membeli tiga bungkus belacan berharga RM2.50 setiap satu.

Pegawai berkenaan kemudian menghantar sampel belacan itu ke Jabatan Kimia di Jalan Cherong Lanjut, Kuala Terengganu untuk dianalisis dan mendapati belacan berkenaan hanya mengandungi 23.75 peratus sumber protein, sekali gus melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang mensyaratkan belacan perlu mengandungi tidak kurang 25 peratus protein.

Rahani ketika ditemui di luar mahkamah berkata, belacan itu dibekalkan seorang pemborong yang berniaga di Pasar Besar Kedai Payang di Kuala Terengganu, yang menghantar bekalan belacan ke rumahnya di Kampung Gong Batu, Setiu untuk dibungkus, sebelum diambil semula pemborong itu untuk diedar dan dijual ke seluruh negeri ini.

"Saya sudah hampir lima tahun menjalankan perniagaan ini dan kebiasaannya membeli kira-kira 20 guni belacan seberat 50 kilogram setiap satu. Kemudian saya membungkusnya untuk dijual dengan harga RM2.50. Saya tidak pernah tahu pula mengenai kandungan protein belacan ini dan tidak tahu menjadi satu kesalahan jika protein kurang, " katanya.

Semalam berita ni masuk Buletin Utama. Aku cuma dgr sekali imbas jer. Tak pasti butirannya. Malam ni aku terjumpa berita ni kat tukartiub. Sedih sungguh aku baca kes makcik pembungkus belacan nih. Tak psl2 kene denda RM600. Padahal dia bungkus dan jual jer. Bukannya dia yang buat adunan dan campuran belacan tu.

Pastu kenapa tak dakwa sekali pembekal belacan tu. Dakwa la jugak tokey kilang buat belacan tu. Yang paling aku muskil, ape kes nya pegawai tu nak check kandungan protein dalam belacan tu. Dah takde keje sgt ker dia nih. Smpikan kandungan protein pun nak check. Siap ade garis panduan kandungan protein dlm belacan sepatutnya 25%. Beza kandungan protein tu pon bukanlah byk sgt. Tak smpi pon 2%.

Kepada pegawai kesihatan dungun dan pendakwanya: tak baik la buat mcm tu kat orang. Makcik tu berniaga elok2, ko wat cenggitu pulak. Mentang2 la makcik tu org kg, ko nak tunjuk power eh. Kalu dengan tokey kilang belacan ko tak berani dakwa pulak. Yang majistrate tu pon satu hal, takde peri kemanusiaan ker. Takde akal fikiran logik ker. Aku yang baca sekali berita nih pon boleh fikir logik. Sapa yang patut kene dakwa. Nilah contohnya pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar.


1 comments:

amar said...

pegawai tu sebenarnya peminat belacan tu pasal dia marah sangat mak cik tu jual belacan tak cukup protein,mcm citer seniman bujang lapok la "bukanka kau tau kesukaan aku ialah belacan kenapa kau jual belacan tak cukup protein sekarang aku saman kau..wakaka...

Blog Widget by LinkWithin