Thursday, June 18, 2009

Quotation

Sejak dapat surat serah kunci dari pemaju, aku rasa macam teruja jer nak masuk rumah baru. Tapi sebelum masuk rumah baru semestinya nak kena renovate sedikit sebanyak. Kasik touch up apa2 yang patut. Baru la semenggah sket....heheheheh...

So far kitorang dah ada beberapa calon2 kontraktor dengan idea dan material masing2. Kontraktor yang tak ada idea pon ada gak. Agak payah jugak nak compare harga setiap kontraktor sebab masing2 guna material yang berbeza2.

1. D*W*N* Design
- kontraktor ni memang bagos. semua dia boleh buat. tiling, wiring, demolishing, plaster ceiling dan grill. Quotation dia pun detail. Siap dengan design layout plan and kitchen kabinet. Cumanya dia tak ada value added service. Contohnya tak dapat apa2 barang free. Kebanyakan kontraktor akan bagi at least sinki atau paip atau dish rack atau apa2 barang free kalau kita buat renovation dengan dia. Tapi yang ni agak berkira sangat. Setiap job ada kos.

2. I*D*H Renov
- kontraktor ini bese2 jer. Kitorang dah pon pegi showroom dia. Dia baru jer bukak kedai kat Taman D***. Quotation dia boleh tahan murah. Material yang digunakan pon bagus. Cuma tak berapa banyak pilihan untuk table top. Dan kerja2 terhad kepada kitchen cabinet and demolishing.

3. B*I*D*I*H Renovation
- kontraktor ni main terjah jer kat rumah baru kami. Masa tu kitorang saje2 suke2 nak tgk rumah. So far dia baru quote table top and tinted. Tapi tokey dia ni memang susah betul nak ajak jumpa. Kalu tak sebab harga dia agak murah, dah lama dah aku abaikan.

4. L*E S*A*G Construction
- kontraktor ni aku rasa agak mahal quotationnya. Tapi material yang digunakan pon bagus. Sample kabinet kat showroom dia pon cantek2 secantek harganya. Tapi aku rasa u will be elimnated. Kuikuikui....

5. Haji Kamarudin (aka Indon)
- kontraktor ni memang takde idea. Dia hanya akan ikut arahan kita apa yang perlu dan nak dibuat. Tapi dia ni memang berpengalaman la buat renovation rumah. Yang bagusnya semua kerja dia boleh buat. Demolishing, tiling, plumbing, piping, wiring, plaster ceiling. Tapi bab kabinet maybe kureng sket kot. Aku rasa better aku suh org lain buat kabinet. Kalu suruh mamat indon ni konfem tak semenggah rupe kabinet tu nanti. Dia mintak tempoh 2 hari untuk buat kira2 bung. Huhuhu....

6. En Hamree
- kontraktor ni buat kabinet sahaja. Dia ada kilang IKS. Harap2nya harganya nnti agak murah sikit la compare dengan kontraktor lain.


Memang letih nak melayan kontraktor2 ni. Derang ni sibuk manjang. Kadang tepon pon tak angkat. Ada ke patut customer yang kejar derang. Patutnya derang la kene kejar customer. Part yang paling aku malas nak layan ialah nak pegi tengok rumah. Kalu nak tengok rumah tak boleh serentak. Kang nampak sangat yang kita ni sekadar nak mintak quotation jer. Heheheh....

Tapi aku cadang kan kat korang yang nak buat renovation. Bila dapat jer kunci, buat satu kaunter depan rumah. Bukak tender untuk renovate rumah. Sure ramai kontraktor beratur nak buat renovation. Suh derang amik nombor giliran, pastu masuk rumah amik ukuran.
Cara ni nampak agak kurang sopan tapi tak memenatkan tuan rumah serta menjimatkan masa dan kos. Hehehe....

Aku dah follow up dengan BPP. Derang kata dah terima surat dari pemaju dan dah buat baucer bayaran kepada pemaju. Hopefully by next week check dah ready untuk di poskan kepada pemaju.


0 comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin