Awal April, aku dapat interview kat Telekom Malaysia. Jawatan sebagai IT Exec. Dengan penuh semangat aku pegi interview. Sebab nya buka nya senang TM nak panggil interview. Selalunya dia akan bukak jawatan kosong untuk orang dalam jer.
Masa interview dia ada mention, intake kali ni seramai 60 orang. Dia nak pakai orang untuk projek HSBB. Interview ni plak dijalankan selama 3 hari. Aku rasa memang ramai gila la yang datang masa hari aku interview tu.
2 minggu dah berlalu masih tak ada jawapan dr TM. Aku pun malas nak follow up. Tup2 minggu lepas HR TM telefon. Katanya aku berjaya dalam interview tu. Dia suruh pegi KL amik offer letter. Tapi dia tak bagitau pulak berapa gaji yang dia offer.
Aku gumbira tak terkata. Aku agak yakin yang TM akan offer gaji yang aku mintak masa interview. Aku letak expected salary 3500. Then dia tanya how low u can go. Aku cakap 3200. Then dia angguk2 sambil note something kat borang aku. Aku agak paling kurang pon dia akan offer 3000.
Tapi masalahnya wife aku awal2 lagi dah muncung sedepa. Mungkin dia rasa tak syok sebab kalau aku terima offer tu, kami akan kembali ber 'PJJ'. Aku pun serba salah dibuatnya. Tapi ramai member2 aku kata try usha dulu offer yang TM bagi. Then baru decide.
Hari Isnin aku pegi ke TM HR. Aku tengok ada 4 orang budak tengah bukak offer letter dengan muka yang berseri2. dapat jer offer letter aku terus belek2 mencari ruangan gaji. Sangatlah sedih aku tengok gaji yang TM offer. Rm2157. Aku gosok2 jugak mata 2 3 kali. Nak make sure samada betol ke 2157 atau 2751 atau 2571.
Budak sebelah aku pun dapat gaji yang sama. Terkulat2 aku sekejap. Rupa2 nya TM ni dah macam gomen. Bila masuk jer, semua status kontrak setahun dan dapat gaji basic yang sama. Aduhaii.....
Aku terus jumpa manager HR dan aku tolak tawaran tu. Dia cuba convincekan aku yang lepas setahun dan status tetap gaji aku akan naik RM2400. Dia suruh aku fikir dulu dan kalau rasa nak reject jugak dia suh email kat dia.
Aku rasa gaji 2157 agak tidak berpatutan. Melainkan untuk fresh grad. Sepatutnya TM mengambil kita latar belakang candidates sebelum offer keje. Sebab masa interview dia ada tanya tentang gaji terendah kita nak. Patutnya kalau bukan dalam bajet dia, dia dah tolak awal2 lagi. Ataupun citer la awal2, gaji mula2 masuk Tm adalah 2157. Sapa setuju bole interview sapa tak setuju boleh balik. Huhuhuhu....
Mungkin dah bukan rezeki aku nak keje ngan TM. Dan ada hikmahnya jugak aku tolak offer tu. Sekurang2 nya Afiq mendapat kasih sayang yang secukupnya dari seorang ayah. Dan wife aku sangatlah gembira bila aku tolak offer tu......tak kasik sokongan moral langsung..huh!
0 comments:
Post a Comment