Monday, May 18, 2009

Lagenda 110Z



Ni lah motor aku yang baru. Yamaha Lagenda 110Z. Berwarna maroon hitam. Dilengkapi dengan sport rim 7 batang , tayar tubeless , pengunci tayar serta benda yang paling penting adalah 'alarm'. Huhuhuhuhu.

Dah 3 hari aku ronda2 dengan motor baru ni. So far oklah. Namun jauh disudut hati, aku masih rindu akan motor LC ku yang hilang.

Dari segi kuasa, lagenda memang tak boleh nak di compare dengan LC. Ternyata LC adalah kapcai terbaik@terpower@orang tersuka curi setakat nih.

Beberapa faktor yang mendorong aku membeli motor ni:

1. Design - aku rasa design dia menarik tertarik kau memang tembam. Huhuhuhu....

2. Safety - motor ni dilengkapi dengan ciri keselamatan baru. Iaitu penutup lubang kunci dengan menggunakan bahagian belakang kunci motor.

3. Compartment - kat bawah seat moto ni, ada sedikit compartment. So aku lipat baju hujan dengan compact dan simpan kat bawah seat. Jimat sket tak payah beli box givi letak kat belakang. Melainkan kalu baju hujan cap Givi. Baju hujan Givi agak tebal sedikit. Jadi susah nak dikompakkan.

Tapi ada beberapa kelemahan yang aku detect kat motor ni.

1. Tayar - by default Yamaha kasi tayar cap Vee Rubber. Tayar ni memang lemau, hampeh dan tak berguna. Sebelum moto LC aku pun guna tayar ni. Baru pakai 3 bulan tayar tu makan tak rata. Kita boleh rasa permukaan tayar tak sekata. Sebab tu bila jalan boleh rasa yang handle tak stabil. Dan bila korner rasa macam jalan licin. Disebabkan itu, aku terus trade in tayar ni dan tuka dengan tayar cap Duro.

2. Cepat panas - Bila jalan jauh kaki aku boleh rasa bahang dari enjin. Sebab aku pakai selipar.

3. Tempat gantung helmet - Biasanya motor ada tempat gantung helmet kat bawah seat dekat penutup tangki petrol. Masalahnya motor ni punye ada kat belakang. Dekat dengan spoiler belakang. Aku tak pasti sama ada benda tu untuk gantung helmet ke tak. Tapi aku dah test boleh jer buat gantung helmet. Belasah jer lah...




Pandangan hadapan.



Pandangan belakang


Lubang kunci yang tertutup.


Panel meter


Baju hujan & seluar yang dikompakkan

5 comments:

gra said...

1 lg extra protection.
buat air smayang hajat, mandikan lu moto ni..

:)

nuril said...

yup tul tuh, wat air yasin, mandikan motor before dimandikan hujan.

dulu punye LC tak sempat wat eh?

"pokcik menang motor ek"

ennidesu said...

ouuu..ni ke muto baru tuh..sonot aa muto hilang buley dpt muto baru..khahakha

amar said...

kasi sumbat lam umah la moto ni.. takpun gantung kat bumbung macam hard rock kasi pencuri pening nak amik.

amir acap said...

bro, xnak jual ke lagenda ni kat saye..saye ngah cari moto lagenda la.. saye student lagi.. em kalo bro berminat nak jual, cntact saye ye.. 012-2657379.. -amir-

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin