SajesajeSukesuke

I'm a man, and I blog. Who cares. Kuikui..

Thursday, February 19, 2009

Analisis Temuduga

Alhamdulillah temuduga hari Selasa lepas berjalan dengan lancar. Seramai 14 calon telah hadir temuduga dan hanya 5 calon yang akan mengisi kekosongan sebgai Pegawai Teknologi Maklumat di UTM. Temuduga di jalan secara beramai2. Sesi pertama 7 orang calon telah dipanggil masuk dan diikuti 7 orang calon pada sesi kedua.

Aku masuk dalam sesi pertama. Kat sini aku nak buat analisis tentang tentang hasil temuduga baru2 ni.

Calon A : Ketua unit It dan pensyarah di Kolej Negeri, N9.
expertise dalam bidang multimedia kot.
jaga sistem apa ntah kat kolej dia. tak ingat dah.

Calon B : Pen Peg Teknologi Maklumat (F29) di SPACE UTM.
membangun eLearning dan macam2 e yang sewaktu dengannya.
sudah bekerja lebih kurang 4 tahun kalau tak silap

Calon C : Pen Peg Teknologi Maklumat (F29) di CICT UTM.
sudah bekerja selama 12 tahun di CICT
suaminya adalah Peg Teknologi Maklumat di CICT
membangun sistem e apa ntah aku dah tak ingat sebab banyak sangat dia citer.

Calon D : ex - Peg Teknologi Maklumat di CICT UTM.
menerima panggilan interview menerusi sms.
ada master in apa ntah aku tak ingat.
pada asasnya mengapply jawatan F44 tetapi perlu hadir temuduga utk F41 terlebih
dahulu.
menjadi IT consultant kepada SPACE UTM.

Calon E : System Engineer kat XYBASE yang poyo. Huahuahua.....(semestinya aku)

Calon F : Tak ingat details mamat ni sebab aku rasa aku leh makan dia nih....kuskuskus...
penah buat praktikal kat XYBASE.
develop sistem untuk kementerian luar negara untuk sewaan bangunan.
mcm tulah lebih kurang bunyinya.

Calon G : Pen Peg Teknolohi Maklumat (F29) di SPACE UTM.
yang ni tak berapa nak ingat. tapi rasanya boleh tahan jugak mamat nih.
dah bekerja hampir 2-3 tahun si SPACE UTM.

Secara kasarnya, dah ada 4 calon yang aku kira mempunyai kabel yang kuat dan harapan yang cerah untuk menjawat jawatan F41. Tu baru sesi aku jer. Sesi kedua tatau lah sapa calon2 nya. Mungkin ada lagi calon yang mempunyai kabel yang kuat.

Soalan interview yang ditanya tidaklah terlalu teknikal. Aku kira interview ni macam sesi perkenalan dan suai kenal.

Soalan 1. Terangkan latarbelakang diri, kealyakan akademik, pengalaman kerja, ceritakan
kelebihan diri dalam bidang IT dan sumbangan yang akan diberikan kepada CICT
UTM sekiranya terpilih.

Soalan 2. Ceritakan tentang bagaimana hendak membahagikan masa di antara kerja dan
keluarga seandainya kita dikehendaki untuk bekerja diluar waktu kerja.

Berdasarkan soalan yang ditanya, aku rasa derang memang dah ada calon2 untuk mengisi jawatan tu. Interview ni diadakan sekadar untuk meng 'formal' kan kemasukan calon2.

Apa pun aku ucapkan tahniah in advance pada mereka yang berjaya. Aku juga berdoa semoga aku menjadi calon ke 5 yang mengisi jawatan tersebut. InsyaAllah. Kalau tak berjaya aku kira rezeki aku bersama UTM masih belum terbuka. Teruskan mencuba dan berusaha. Gambate!!!!!

4 comments:

EdaManAli said...

semoga b'jaya laa hendaknye...byk2 b'doa...insyaAllah ade rezeki ank...

gra said...

edame, mse dpt pindah jb dlu dah claim as rezki afiq. bole pakai 2 kali ke utk sorang ank? ekkeeke..ke kne branok lg. heheh..

EdaManAli said...

xkn rezeki afiq skali jerk...

tp kalo nk murah lg rezeki mmg kene branok lg laa...heheh...afiq msti nk adiknyerr...ape kate girl plak...ahakkss...br sekapal kite...

HotMama said...

salam.. so amacam ..dh ada result interbiu dak?
ehehe..:)

Blog Widget by LinkWithin