Tuesday, December 30, 2008

Boikot Israel

Pagi ni aku terbaca artikel pasal perang Israel dan Palestine. Memang jahat betol la bangsa Yahudi laknatullah nie. Dah la rembat negara orang. Pastu nak halau pulak penduduk asal kat Palestin. Skang ni nak bunuh pulak orang Palestin secara besar-besaran. Kalau pun nak perang dengan HAMAS, jangan la pegi bom penempatan awam. Bom la kem2 askar ker, kubu2 askar ker.

Yahudi ni memang sengaja nak bunuh orang Palestin. Sebab lepas ni senang la derang nak konker Masjidil Aqsa tu. Kemungkinan ni rancangan jahat Bush sebelum dia resign dari jawatan Presiden US.

Kita sebagai umat Islam, takkan nak diam jer. Memang kita tak mampu nak berperang dengan Yahudi. Tapi kite boleh tolong orang Palestine dengan memboikot barangan Yahudi laknatullah ni.


Boleh rujuk kat website ni: http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.php#companies

COMPANIES TO BOYCOTT




  • L'Oreal
    Giorgio Armani, Redken 5th Avenue, Lancome Paris, Vichy, Cacharel, La Roche-Posay, Garnier, Biotherm, Helena Rubinstein, Maybelline, Ralph Lauren, Carson

  • Marks & Spencer
    M&S, St.Michaels

  • McDonald's
  • Motorola

  • Nestle
    Nescafé, Perrier, Vittel, Pure Life, Carnation, Libby's, Milkmaid, Nesquik, Maggi, Buitoni, Cross & Blackwell, KitKat, Milkybar, Quality Street, Smarties, After Eight, Aero, Polo, Lion, Felix cat food, L'Oréal

  • News Corporation
    TV: Fox, Sky, Star, Phoenix, Granada, CNBC. UK newspapers: Standard Newspaper, News of the World, The Sun, The Times. Australian Newspapers: The Telegraph , Gold Coast Bulletin, Herald Sun, Independent, Sunday Mail. US newspapers: New York Post. Publishers: Harper Collins Ragan, Zondervan, National Geographical. Nursery World, Rawkus, NDS, Mushroom Records, ChinaByte.com, Festival Records

  • Nokia
  • Revlon
    New World Entertainment, Forbes
  • Sara Lee
    Hanes, Playtex, Champion, Leggs, Douwe Egberts, Bryan, DIM, Ambi Pur, Bali, Superior Coffee, Just My Size, Kiwi, Maison Cafe, Nur die, Pilao, Lovable, Outer Banks, Wonderbra, Sanex, Pickwick, Gossard, Body Mist, Brylcreem, Aqua Velva, Radox

  • Siemens

  • Selfridges

  • Starbucks
    Seattle Coffee, Pasqua, Hear Music, Tazo

  • Timberland


Tuesday, December 23, 2008

Scam Email


Lebih kurang cenggini la email yang aku dapat semalam. Nasib baik la aku alert dengan penipuan sebegini. Tapi aku rasa penipu ni mesti lagi rasa kecewa kalau dia dapat log in ke akaun cimb aku. Sebab memang takde duit pun dalam akaun tu kecuali hujung bulan. Ngehngehngeh.....


Subject : URGENT : Your account has been locked!

From : Cimb Bank


Dear CIMB Bank customer,

We are hereby notifying you that we've recently suffered a DDos-Attack on one of our's Internet Banking server. For security reasons you must complete the next steps to verify the integrity of your CIMBClicks account. If you fail to complete the verification in the next 24 hours your account will be suspended.

Here's how to get started:

1. Log in to CIMBClicks online account (click here).

2. You must request for TAC online via CIMBClicks - your TAC will be sent via SMS to the mobile phone number you registered at the ATM.
( you can find the "request TAC" button in the left menu of your account )

3. Logout from your account and close the browser.

4. When you have received the TAC (Transaction Authorization Code) on your mobile phone, Log in to our secured verification server and submit the requested information(Account user ID, password and TAC).CLICK HERE to go on our secured server.

5. Please allow 48 hours for processing.

Please comply and thanks for understanding.
© 2008 CIMB Bank

Note: Please do not reply to this email.
This mailbox is not monitored and you will not receive a response.


Wednesday, December 10, 2008

Diari Raya Korban La Pulok

Lama jugak aku tak meng update kan blog ku ini. Banyak mende benonyer aku nak tulis tapi tak jumpa masa dan mood yang shesuai untuk menulis. Petang ni aku bosan tahap gaban dn atakde mood nak kerja. So aku mengambil kesempatan ini untuk menulis tentang Hari Raya Korban yang lalu.

Tahun lepas aku menyambut Aidil Adha di Tanah Suci Mekah. Tanggal 10 Zuihijjah aku berada di Mina. Kata orang selagi belum bertahalullul awal, kami tak boleh bertakbir. Tapi ada jugak segelintir rakan2 haji yang bertakbir. Aku pun tak pasti pendapat mana yang betul.

Seperti dijanjikan, raya haji tahun ni kami sekeluarga akan beraya di Terengganu. Tahun lepas si isteri pon kempunan nak balik kg sebab banjir. Setelah semua barang dimuatkan ke dalam kereta, aku mula nak start enjin kereta. Ntah apa hangin nya tetiba kereta ni tak mau start plak. Pastu terus alarm tak berbunyik. Nampak gaya macam takde bateri nih. Time2 mcm ni lah dia nak buat hal plak.....

Aku cuba try test trouble shoot. Aku bukak terminal +ve dan -ve kat bateri tu lepas tu aku pasang balik. Tiba2 alarm kereta berbunyi. Petanda baik nih. Terus aku start kereta dan bawak kereta ke Proton Edar untuk check mana lah tau kot2 ade kerosakan. Tapi semuanya nampak baik jer.

Berbekalkan tawakal kepada Allah, kami meneruskan perjalanan ke Terengganu. Kami menggunakan laluan JB - Mersing - Pekan - Kuantan - Terengganu sebagai laluan. Sampai di Felda Selendang kami singgah makan tengah hari di rumah Pn. Mimi. Lama tak jumpa En Macca dan Pn Mimi. Maklum la mereka dah jadik 'omputih'. Kuikuikui.....

Perjalanan yang sepatutnya 7 jam bertukar menjadi 13 jam. Jem sepanjang2 jalan dah tak terkata. Inilah yang dikatakan kemeriahan menyambut Aidil Adha di Terengganu dan Kelantan. Huhuhuhu.

Dalam mind set aku selama nih, raya haji kat Tganu dan Kelantan lebih meriah dari raya puasa. Aku duk imagine ade kanak2 datang ke rumah beraya, sedara mara datang berkunjungan, tapi dengan kemeriahan yang lebih dari raya puasa. Rupa2 nya sangkaan aku selama ni amatlah salah dan tak tepat langsung. Huhuhuh....

Sebenarnya istilah meriah ni merujuk kepada upacara korban tu sendiri. Di Tganu, upacara korban dilakukan secara persendirian. Contohnya, derang akan beli sendiri lembu, cari penyembelih sendiri dan melapah daging sendiri serta menghantarkan daging korban yang telah dibahagi kepada jiran tetangga. So aktiviti korban tu jadik meriah sebab kite bergotong royong bersama jiran tetangga melakukan korban.

Kalau di Selangor, korban biasanya dilakukan oleh Jkk Masjid. Semua lembu yang akan di korbankan dikumpulkan dan disembelih di satu tempat. Kemudian orang2 kampung yg dilantik akan melapah dan membahagikan daging2 tersebut. Kemuadian daging2 ni akan dibahagikan kepada semua orang kampung. Biasanya orang kampung akan dapat kupon yang akan ditebus dengan daging korban. Sapa yang pegi tebus dapat la daging.

Selama nih aku tak penah pon duk melangut join orang melapah daging atau sebagainya. yang aku tau lepas sembahyang zohor nanti ada la 2 3 mat repit yang datang hantar daging korban. Aku ni jenis memang tak minat kalu setakat nak duk melangut tengok orang sembelih lembu, pastu tengok orang melapah daging dan sebagainya. Memang sejak kecik aku tak gemar menjadi pemerhati. Aku lebih suka kalau aku join aktiviti dari jadi pemerhati.

Tambahan pulak aku ni jenis yang takut darah. Kalau dulu tengok darah ayam pun rasa mcm nak pengsan. Tapi sejak aku tengok kambing kene sembelih mase aqiqah anak aku, aku dah dapat mengatasi ketakutan itu. Tengok darah lembu yang merah pekat ari tu pun aku tak rasa apa2. Aku tak pasti sama ada aku dah recover dari ketakutan tu ataupun aku control macho sebab aktiviti tu berjalan umah mertua aku. Kang ape pulak kata jiran2. Nghengehngeh...

Anyway pengalaman melapah daging memang best. Walaupun badan dah bau mcm lembu lepas melapah, tapi aku rasa puas. Sebab aku dapat satu pengalaman yang berharga dalam hidup aku. Mungkin lepas ni aku nak belajar pulak macam mana nak sembelih ayam. Dulu aku penah sembelih tapi bila aku bukak mata jer leher ayam tu dah pun putus. Sebab aku sembelih tutup mata. Huahuahuahua.....Tapi ustaz kata ayam tu halal dimakan sebab urat halkum dan urat meihnya dah putus. Tapi dia kata tak elok la kalu sembelih mcm tu sebab kesian kan ayam tu. Dah mcm kene pancung la pulak...




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin