Sedar tak sedar dah masuk hari ke 22 kita berpuasa. Bulan Ramadhan ni berlalu dengan begitu pantas. Bulan yang penuh dengan kerahmatan dan keberkatan. Siapa yang leka akan kerugian kerana tidak mengambil kesempatan membuat amal kebajikan di bulan yang mulia ni.
Di 10 malam terakhir Ramadhan ni lah diberitakan tentang satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan , Lailatul Qadar.
Petua ini disusun oleh Iman Al Ghazali Rahmatullah alaih.......
- Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau Rabu - malam ke 29 Lailatulqadarnya
- Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Isnin - malam ke 21 Lailatulqadarnya
- Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat - malam ke 27 Lailatulqadarnya
- Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Khamis - malam ke 25 Lailatulqadarnya
- Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Sabtu - malam ke 23 Lailatulqadarnya
Malam Lailatul Qadar ni memang terlalu banyak keistimewaannya. Dan yang paling utama adalah barangsiapa berdoa pada malam Lailatul Qadar, maka Allah akan memakbulkan doa tersebut.
Banyak kisah yang kita dengar tentang malam Lailatul Qadar ni. Antaranya ada seorang lelaki yang hendak mandi pada suatu malam. Dia pun menuju ke sungai. Sesampai di kawasan sungai tersebut, dia pun meletakkan tuala pada daun2 pokok berhampiran. Tetapi yang menghairankan pemuda ini ialah dia tidak dapat menemui air sungai tersebut. Dan apa bila hendak pulang dia mendapati tuala yang di sidai pada daun pokok telah hilang. Keesokan harinya, dia kembali ke sungai tersebut untuk mencari semula tuala yang hilang. Dia mendapati tuala tersebut berada di atas pucuk sebuah pokok yang tinggi dan air sungai mengalir deras seperti biasa. Maka muncullah teori air sungai membeku dan pokok sujud pada malam Lailatul Qadar.
Kisah ke 2 adalah tyentang suami isteri yang bertengkar di suatu malam. Entah bagaimana sang suami terlalu marah lalu menyumpah isterinya menjadi B**I. Maka sang isteri pun bertukar menjadi B**I.
Kisah yang aku nak cerikan ni adalah pengalaman ayah aku sendiri semasa zaman beliau muda remaja dan boleh lah dikatakan zaman kejahilan beliau. Pada suatu malam, beliau merasa tidak mengantuk dan sukar untuk melelapkan mata. Jam menunjukkan sekitar 4 pagi. Beliau pun membuka pintu dan duduk dia atas tanga sambil menikmati udara segar. Sedang asyik memerhati, beliau terperasaan akan kelainan yang luar biasa. Pagi itu suasana cukup sunyi dan sepi. Tiada bunyi unggas, serangga dan cengkerik. Daun2 pokok juga kelihatan amat berbeza. Daun2 kelihatan seperti sedang layu.
Beliau pun membelek helaian2 daun tersebut. Didapati daun2 berada dalam kedudukan terbalik daripada keadaan asalnya. Keesokan harinya beliau terus bertanyakan tentang peristiwa malam tadi kepada Pak Imam. Pak Imam mengatakan bahawa itulah antara tanda2 Lailatul Qadar.
Menurut Pak Imam tersebut, Lailatul Qadar berlaku dalam tempoh yang singkat. Dan dalam tempoh tersebut ke semua makhluk Allah yang ada di muka bumi ini, berzikir dan sujud kepada-Nya. Pada ketika inilah, Allah akan memakbulkan doa setiap hambaNya.
Peristiwa yang dialami oleh ayah aku sangat terkesan dihatinya. Selepas peristiwa itu, setiap 10 malam terakhir Ramadhan dia akan berQiamullail sehingga Subuh. Dengan harapan peristiwa tersebut akan berulang. Pernah beberapa kali aku dikejutkan oleh abah supaya bangun dan ber qiamullail. Sambil mengadap tingkat yang terbuka, abah menyuruh aku melihat ke luar dan memerhatikan perubahan pada daun2 pokok.
Namun itulah kebesaran Allah. Abah dan aku memang tak pernah bertemu lagi dengan peristiwa tersebut. Ini menunjukkan Allah mahu hambaNya berusaha bersungguh2 beribadat kepadaNya dan mencari malam Lailatul Qadar. Bukan hanya menunggu tanda2 Lailatu Qadar muncul baru hendak berdoa dan bermunajat kepada Allah. Hanya orang2 tertentu dan terpilih sahaja yang diizinkan olehNYa untuk melihat kebesaranNya itu. Subhanallah.
Marilah kita bersama2, memperbanyakkan amal ibadat kita di akhir2 Ramadhan ini. Ini kerana 10 Ramadhan yang pertama adalah kerahmatan, 10 yang ke 2 adalah keampunan dan 10 yang terakhir adalah pembebasan dari api neraka. InsyaAllah.