SajesajeSukesuke

I'm a man, and I blog. Who cares. Kuikui..

Monday, August 25, 2008

Minyak Dah Turun, Claim Dah Naik

Hari jumaat lepas, Pak Lah telah menurunkan harga minyak. Dari RM2.70 seliter kepada RM 2.55 seliter. Walaupun turun 15 sen jer, tapi kira ok lah daripada tak turun langsung. Dapatlah jugak menguranglah beban rakyat yang berpendapatan rendah seperti aku nih. Huhuhu....

Tapi ramai orang dah tau dah taktik PakLah ni. Ni taktik nak menang pilihanraya Permatang Pauh la ni. Lepas ni boleh la buat modal kempen pilihanraya. Macam2 betol la politikus2 kat Malaysia. masing2 sibuk nak mengejar kuasa. Bila ada kuasa ada duit. Bila ada kuasa+duit boleh buat apa saja.

Bila nak dekat pilihanraya baru sibuk nak turun pegi pasar. Nak suruh orang undi dia. Nak repair jalan raya. Nak buat itu ini dan macam2 lagi agenda. Janji ditabur merata2. Bila dah menang hilang entah ke mana. Janji tinggal janji tanpa di kota. Itulah dia ahli politik di Malaysia.

Cukup pasal politik.

Xybase juga telah bermurah hati menaikkan kadar mileage claim berkuatkuasa 1 September 2008. Pakej claim yang lama untuk kereta adalah RM0.50 untuk 240km yang pertama. Dan RM0.30 untuk 241km dan seterusnya. Pakej claim pada 1 September adalah RM0.65 untuk 300km pertama dan RM0.40 untuk 301km dan seterusnya.

Ntah mana teori derang amik ntah. Ade ke patot selepas 300km mileage turun jadik RM0.40. Derang ingat penggunaan minyak akan berkurangan ker selepas 300km. Tu belum kire kehausan tayar dengan maintenance enjin lagi.

Aku memang tak puas hati. Tapi ape nak buat. Hanya boleh protes dalam blog jer lah. Tak pon carik jer lah keje lain. Huhuhu...Sesaper ade keje kosong?

Friday, August 22, 2008

Ho Ho Ho Balik Kampung

Semalam aku rase malas sangat nak pegi keje. Jadi aku hantar message kat bos kate aku amik mc. Tapi tak amik pun. Ekekkee....Harap2 bos tak baca la blog aku nih sampai bila2. Phew.....

Sambil2 tu aku bukak jugak la email dari rumah. Ada satu email daripada training department, derang suruh semua TSS datang training pada 23 Ogos kat HQ. Belek punye belek rupanya 23 Ogos ari Sabtu ni. Alahai derang ni. Kot yer pun kasik la notis awal sket.

Memula aku hangin jugak la bila baca email nih. 23 Ogos ni aku ade exam untuk jawatan Pegawai Tadbir (N41) dengan PTD (M41) kat UTM. Terpaksalah aku korbankan sekali lagi. Aku rase memang takde rezeki aku kot nak keje gomen ataupun ade hikmah disebalik aku tak masuk gomen. Sebab aku memang anti gomen sket sejak PakLah jadik PM nih....ehehehe....

Tapi aku rase gembira jugak la sebab ade can la aku nak balik Banting. Eheheh....Walaupun si isteri pada mulanya agak keberatan. Sebab dia tau aku akan tinggalkan dia selama satu hari untuk pegi training. Tapi itu lebih baik daripada aku tinggalakan dia 2 hari kat JB dengan Afiq. Huhuhu... Lagipun segala kos pengangkutan dan tol boleh di claim. So dapatlah balik kampung secara percome.

Minggu depan giliran isteri aku la pulak tersengih2 sampai ke telinge. Nak balik kampung dia lah katakan. Yang ni memang dah lama kami rancang. Since ade cuti berganda di mana Hari Merdeka jatuh pada hari Ahad. Maka cuti dibawa ke Isnin. Isnin pula cuti Awal Ramadan dan cuti dibawa ke hari Selasa.

Balik dari Terengganu pada hari pertama berpuasa. Ipar duai aku dah beli tiket bas siap2. Katanya letih nak drive sorang2 bulan puasa. Aku terpaksalah drive jugak. Nak balik naik bas memang tak berbaloi. Anak baru sorang tapi bonet penuh macam orang pindah rumah.

tapi tak mengapa, bak kata Allahyarham Sudirman:

perjalanan jauh tak ku rasa,
kerna hatiku melonjak sama,
ingin berjumpa sanak saudara,
yang selalu bermain di mata,

ho ho ho ho balik kampung,
ho ho ho ho balik kampung,
ho ho ho ho balik kampung,
hati girang............................

Wednesday, August 13, 2008

1st Anniversary

Sedar tak sedar dah setahun aku berkahwin. Rase macam baru semalam naik pelamin. Hehe. . Ulangtahun perkahwinan pertama kami sambut dengan sederhana jer. Tak ada majlis mahupun acara rasmi. Ianya lebih kepada mengimbau kenangan zaman percintaan kami.

Aku memang awal2 apply cuti tarikh 11 Ogos tu. Kebetulan tarikh tu jatuh hari Isnin. Pagi tu kami hantar Afiq ke rumah kak Ya. Kasik can la kat ayah ngan ibu nak bertenetan. Lepas tu kami ke Taman Perling untuk mengambil cup cakes yang telah ditempah oleh isteriku. Sejak 2 menjak ni dia memang giler kan cup cakes. Siap pasang angan2 nak buat cup cakes. Tapi sampai kesudah, bayang cup cakes pun tak nampak. Huhuhuhu...

Pastu kami terus ke Jusco tebrau City. Agenda utama ialah menonton wayang. Kebetulan ada movie yang memang dalam list mesti tonton aku "The Mummy: Tomb of The Dragon Emperor". Bila habis jer movie nih, aku jadik confius. Terasa macam menonton movie Cina plak. Huhuhu.

Lepas solat kami makan di Kedai Pakcik Kenny. Dah lame rasenya tak makan ayam panggang pakcik Kenny. Kalu dulu boleh dikatakan setiap kali berjumpa, pasti kami akan singgah mana2 kedai Pakcik Kenny. Lagipun dah memang tabiat aku sejak zaman U lagi, hari pertama duit PTPTN masuk dalam akaun jer, malam tu terus kami berbondong2 ke kedai pakcik Kenny kat Mines. Meraikan hari kekayaan kami. Boleh dikatakan ni acara wajib pada setiap awal semester. Heheheheh......

Lepas makan kami cuci mata kat Jusco. Opsss bukan kami tapi isteri aku. Dia nie memang suke cuci mata. Terapi katanya. Aku macam biasa lah. Kalu poket dah kering, buat2 tak nampak jer lah. Kalu poket tengah lebat sedap la jugak mencuci mata. Hehehe....

Lepas mata dah bersih dicuci kat Jusco kami pun menuju ke kereta. Tiba2 kami disapa oleh seorang sales girl. Aku lambai2 tangan isyarat tak nak. Depan kereta kami ade seorang mamat Cina sedang punggah barang masuk dalam kereta. Tiba2 dia disapa oleh sales man yang aku rase geng kepada sales girl tadi. Dari dalam kereta, kitorang duk perati jer tingkah laku sales man tadi. Nampak samer jer macam kitorang pernah terkena 4 bulan lepas depan CIMB bank Taman U. Kitorang pun gelak sakan la bile terkenang kisah penipuan sales man tu.

Kisah nya macam ni, kitorang baru sampai dari Terengganu. isteri aku pegi ke bank untuk keluarkan duit. Tiba2 datang seorang sales man ni.
Salesman " Encik, bole isi nama IC dan sign ini borang tak"
Aku "Buat apa nak sign"
Salesman "Kalu encik sign saya boleh dapat komisen satu ringgit"
Aku " Tamau lah. U sign sendirilah. "
Salesman "Tak boleh encik. Nanti bos tau"
Aku pun sign jer lah kat form tu. Tetiba dia bukak form tu. Dengan nada gembira yang teramat sangat macam dapat loteri sejuta dia berkata "Tahniah encik, encik terpilih menjadi pemenang bertuah syarikat kami. Hanya 5 orang sahaja yang mendapat peluang macam nie."
Hujan turun renyai2. Salesman ni mintak izin untuk masuk dalam kereta. Kesian punye pasal aku pun kasik lah. Dia kata aku layak memenangi macam2 hadiah. Hadiah pertama Toyota Altis, set home theater, motosikal ataupun baucer bernilai RM2500. Dengan syarat aku kene beli water filter berharga RM 2000 ++. Puas dia tunjukkan gamba2 pemenang dalam paper. Siap ada gamba pakcik pakai jubah tabligh ngan kopiah lagi.

Salesman ni terlalu excited. Seolah2nya dia pulak yang menang hadiah tu. Katanya kalu aku jadik pemenang, dia akan dapat komisen yang banyak. Terus dia telefon manager dia untuk confirmkan yang aku ni adalah pemenang. Tak sampai 5 minit bos dia datang dan terus masuk dalam kereta aku. Si bos ni pun beria2 berlakon. Cerita tentang kehebatan kompeni dia. Aku dah rase tak sedap hati dah. Nak jer aku cepuk mamat nih.
Aku " Saya tamaulah ini hadiah. Kalu mau hadiah mesti beli water filter kan. Bukan u mau kasi senang2 jer"
Bos " Tapi u berpeluang menag Toyota Altis"
Aku " Tamaulah Altis. Ini Waja pun best jugak. Laju apa"
Agak lama jugak aku argue ngan dia. Akhirnya dia mengalah jugak. Yang aku tak tahan si sales man tu dengan muka kecewa macam orang mati bini. Lepas tu kitorang U turn nak balik rumah ternampak geng2 salesman ni merayau2 kat Taman U mencari mangsa. Geram betol aku. Rase nak sodok jer sekor2.

Berbalik kat cerita saleman kat Jusco tadi, nyesal plak rase tak layan. Kan best kalau kali ni aku pulak yang kenekan dia. Pura2 excited dapat hadiah, pura2 nak bayar duit, pura2 nak kene tipu dengan dia. Pastu aku akan cakap yang aku nak pinjam duit kat abg aku yang keje polis kat Jb. Hakhakhak..kasik dia cuak sikit.

Macam dah lari tajuk jer entry aku nih....ahhh...biarlah...nama pun saje2 suke2 ngehngehngeh...

Kitorang terus amik Afiq dan pulang ke rumah. And we live happily ever after. InsyaAllah....

Friday, August 8, 2008

Tak Habis2 Pasal Anwar n Saiful

2 3 hari ni aku terasa macam takde mood jer nak bekerja. Duk kat opis pon asik melangut jer surfing internet. Kebanyakan yang aku baca blog2 dan berita2 pasal Anwar Ibrahim. Hari ni aku rase dah mual dah nak baca pasal kes liwat nih. Tak tahulah saper yang betul saper yang salah.

Kekadang aku terfikir jugak, kalau betullah Anwar tak salah dan si Saiful tu buat2 cerita, dia takde ke perasaan malu ker kerana mengada adakan cerita yang dia diliwat. Mengada2 kan cerita tu satu hal la....cerita tu pulak dia diliwat....iskk...kalu cerita Anwar lempang dia ker...Anwar ade hubungan sulit ngan pompuan lain ker....huhuhu....apa pun dosa memfitnah itu lebih besar dari membunuh.

Dan kalau betul pulak Anwar bersalah, maknanya Anwar memang meliwat Saiful, iskkk..macam tak logik jer pertuduhan nih....seorang yang berumur 60 tahun dan sakit pinggang nak meliwat seorang budak berumur 23 tahun yang sihat wal afiat....andai kata Anwar nak liwat aku...dah tentulah aku melawan...paling tidak pon Anwar dah makan penumbuk dan penyepak aku sebelum dia berjaya meliwat aku. Itupun kalau dia berjaya la...pastu tentu dia akan dapatkan rawatan kat klinik ker hospital ker. Dan kalau aku berjaya diliwat oleh Anwar, dah tentulah aku terus buat laporan polis untuk dakwa Anwar.Tak perlulah nak tunggu kene liwat beberapa kali baru nak buat laporan. Pastu tentu aku tak akan terfikir nak jumpa Najib dulu baru nak buat report.

Semalam pertuduhan Anwar berbunyi begini

“Bahawa kamu, pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya; dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.”


Pertuduhan ni bermaksud Anwar dan Saiful secara suka sama suka melakukan seks diluartabii. Maksudnya bukanlah Anwar meliwat Saiful. Mereka berdua melakukan hubungan terlarang secara sukarela. Kalau dah sukarela, kenapa nak buat report polis pulak. Muskil betolla.


Yang Pak Lah dengan Hamid Albar beria2 benar menyokong pertuduhan tu pun menimbulkan keraguan. Kalau kes lain takde pulak derang ni amik port pon. Masuk kes Anwar ni beria2 benar menyebelahkan si Saiful.


Aku pening betollah dengan ahli politik sekarang ni. Kalaulah aku ade kuasa Super Saiya macam Goku, aku rase aku nak hapuskan jer semua ahli politik yang tak berguna. Lepas tu aku nak dedahkan semua kejahatan derang. Kire aku ni hero masyarakat la....ala2 Batman gitu...hakahakhkahakhak....


Apa pun kite tunggu dan lihat jer lah perjalanan kes nih....tapi rasenyer dah tau dah hasil keputusannya nanti.....tungggggggggggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Blog Widget by LinkWithin