29 Ramadan 1429H - Kami mendapat berita tentang kematian nenek di Kg Endah Banting. Dengan segera aku terus pulang dan berkemas apa yang patut. Agak kelam kabut kami pagi tu. Kami bertolak jam 12.00 tgh hari dan tiba di kampung jam 4.30 petang. Namun kami tak sempat menatap wajah terakhir nenek.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, kami singgah di pasar ramadan Banting. Misi aku adalah untuk mencari air Lai Ci Kang Special. Tapi aku keciwa kerana ku ingatkan peniaga tu dah tutup gerai. maklum la dah ujung ramadan. Aku pun beli la air tebu. Tapi rupa2 nya peniaga tu dah tukar tapak di bahagaian depan. Cis dan cis serta cis lagi....
Setelah membeli sedikit sebanyak jaudah berbuka, kami terus pulang ke rumah. Mak macam biasalah, sentiasa mengupdate aku cerita2 terbaru dari kampung. Sepanjang perjalanan mak asyik berceloteh. Mungkin rindu kat anak kesayangan kot....hehehehe....
Waktu berbuka sangat meriah. Hiruk pikuk dengan suara kanak2 dan orang dewasa. Kesemua adik beradik aku balik serentak. Sakat menyakat sesama adik beradik dan ipar duai sering kedengaran. Terutama sekali kepada adik ipar aku....maklum la raya pertama di rumah mertua. Isteri aku pun kene jugak tapi dia macam biasa lah...menten cool jer....
Kami berkumpul di meja dapur sambil berbual2 sehingga larut malam.
30 Ramadan 1429H - Sesudah sahur kami sambung lagi berbual. Ada saja topik yang nak dibualkan. Maklum dah lama tak berkumpul beramai2. Selepas Subuh aku , mak dan kak yuk terus ke pasar untuk mencari bahan2 mentah sempena hari raya.
Dari jauh aku nampak parking dah penuh dan melimpah hingga ke tepi jalan. Ni yang tak syok nih...kebetulan ade kereta yang nak keluar so aku terus park depan gate. Takde la juah sangat nak berulang alik hantar barang nanti. Keciwa sungguh bila tahu daging segar dah habis di jual. Terpaksalah kami membeli daging import.
Selesai memborong, kami terus balik ke rumah. Yang wanita sibuk di dapur menyiapkan bahan2 untuk di masak. Yang kanak2 berlari2 dan bermain2 di dalam rumah. Alahai..bingitnya...ada jugak niat aku nak marah budak2 nih...tapi memikirkan kang anak aku pun sure berperangai begini kalau dah berjumpa sepupu sepapatnya. Aku pun cakap elok2 dah suruh mereka bermain di luar atau rumah Abg Rais kat sebelah...heheheh....jahat tol taktik aku....
Di malam raya, kami membuat tahlil ringkas untuk si sedekahkan kepada arwah nenek. Dan lepas tu kami bertakbir raya. Raya syahdu pulak. Menjelang tengah malam, sakat menyakat semakin menjadi2. Kesian pulak aku tengok Ina terpaksa melayan gurau senda kitorang nih. Tapi aku rasa seronok sangat dapat berkumpul ramai2 macam tu.
1 Syawal 1429H - Sebelum solat aidilfitri, aku makan dulu ketupat dan kuah kacang favourite aku. Dah lama rasanya tak makan kuah kacang yang ada daging buatan mak nih. Kalau orang lain buat mesti rasa dia tak sesedap air tangan mak nih. Ntah la. Aku pun pelik. Semua kakak2 dan anak2 sedara aku pun meminati kuah kacang mak nih. Penah aku abayangkan satu hari nanti kalau mak dah tak ada...iskkkk....tak boleh la aku bayangkan....ya Allah...Kau panjangkanlah umur ibu dan ayah ku....amin....
Selepas solat, kami bermaaf- maafan sambil menghulurkan duit raya kepada anak2 sedara. Yang geli hatinya, budak2 ni seolah2 bersalam sebab nak duit raya. Bila dah salam mata mula merenung sampul raya. Selagi tak hulur selagi tu la tak berganjak. Hhuhuhuh...
Lepas bersalaman, sesi bergambar.....masing2 bergambar bersama kelaurga masing2. Kemudian bergambar bersama seluruh ahli keluarga. Agak malang bago aku, sebab bateri kamera yang aku caj malam tadi rupanya tidak bercaj. Sebab masa aku caj tu aku nampak charger tu berkelip2. Aku ingatkan normal. Rupanya bateri tu tak masuk dengan kemas pada slotnya. Tapi dapat la jugak snap 9 ke 10 shoot. Lepas tu bateri dah kong. Gamba kat atas tu pun terpaksa guna phone kamera.....
Kami teru menuju Kg Endah, Afiq yang masih tidur di buaian terpaksa kami bangunkan. Kami singgah di kubur arwah nenek, sebab kelmarin tak sempat nak menziarahi kubur. Lepas tu kami terus ke rumah Paman Bani. Kebetulan sepupu2 sedang beraya di situi dan sekali lagi kami mengadakan tahlil untuk arwah nenek.
Setelah puas membelasah ketupat dan sup tulang paman, kami ke rumah Wak Tating (bukan nama sebenar)...nama sebenar Sarah. Abg R dan Kak Som lah yang banyak bukak cerita. Nak harap yang muda2 nih.....paham2 jer la....
Seterusnya ke rumah Nenek Kus(bukan nama sebenar...nama sebenar aku pun tak tahu)....macam biasa kami belasah kuih dengan jeruk serta asam2....pastu terus kerumah Paman Sadar. Afiq dah mula merengek2......maybe tak cukup tido dan suasana panas mula merimaskan dia....selepas sembang2 lebih kurang....aku mengambil keputusan untuk terus balik kerumah...
memandangkan Afiq pun dah tak selesa.....aku miss beraya kat rumah Paman Roni....katanya dia buat rumah baru...nantilah kendian aku pegi jenguk rumah baru dia...
2 Syawal 1429H - Perut aku rasa tak selesa....maybe semalam aku asyik menelan air gas dan asam serta jeruk. Lepas makan pil chee kit teck aun barulah rasa lega sikit. Kami sambung raya di kampung sendiri. Kali ni kami ke rumah Wak Paimin.....Wak Pardi....Nenek Munah dan last sekali Paman Basir......yang ni acara wajib bagi aku sebab aku dah guna rumah dia untuk tumpangkan orang2 Terengganu masa majlis kahwin aku tahun lepas.....
Amar dan Ina dah bertolak ke Taiping awal pagi tadi. Begitu juga Kak Cek dah bertolak ke Terengganu. Tengahhari Kak Som dan Abg R bersiap2 untuk pulang ke Melaka dan Johor. Kak Yuk dah balik Perak petang semalam. Nampak muka Abg Razak dah merah padam sebab Kak Yuk rilek jer berkemban sedangkan dia dah siap nak balik kampung....
Lepas Zohor giliran aku pulak bertolak ke Terengganu, nampak abah sayu jer sebab anak2 semua hilang dari pandangan. Kak C dan Abg Din akan bertolak ke Muar selepas Asar. Nasib baik la kali ni Kak Ton beraya di rumah mertua dulu. So dapatlah Kak Ton menemani abah dan mak.
3 Syawal 1429H - Kami tiba di Terengganu jam 12.00 pagi. Perjalanan selama 9 jam memang memenatkan. Tambahan pula, perut aku asyik buat hal jer lepas aku minum air berkarbonat Power Root. Ingatkan dah ok. Alahaiiii........
Kami disambut oleh Ayah dan Mak Mertua. Semua adik beradik belum tidur. Agaknya derang memang sengaja menunggu ketibaan kami dan jugak Kak Long dan Herman. Maklum la raya tahun ni, anak menantu dan cucu semua beraya di rumah besan. Tak lama lepas tu Kak Long pun sampai. Herman memang terkenal dengan pemanduan yang laju. Walaupun dia bertolak 2 jam lewat dari aku, tapi boleh sampai selang 30 minit jer....huhuhu...
Esok pagi aku mula rasa tak sedap badan....kepala rasa berat.....tekak mula rasa pahit. Hidung mula berair dan batuk pun bermula. Agenda pertama ke rumah Tok Teh.( nenek belah mak mertua)....dia dah siapkan nasi dagang untuk sambut cucu dan cicit favourite.....
Adat beraya di sini agak berbeza dengan di Selangor. Di sini ucapan selamat hari raya maaf zahir batin ketika bersalaman tidak diamalkan. Tetapi di Selangor, ianya seolah2 menjadi suatu akad ketika bersalaman semasa hari raya. Sebenarnya memang ada akad semasa bersalaman bagi adat orang Jawa. Sebab aku ni tak reti cakap jawa dan bila aku bercakap jawa, "i sound stupid when i speak javanese"....so aku cakap melayu jer lah...
Lepas tu kami ke rumah De ( nama sebenar aku tak tahu....adik pak mertua aku kot nih)....lepas ke rumah Tok Yam ( nenek belah pak mertua)....lepas Jumaat kami pegi lagi rumah Tok Yam sebab tadi makanan tengah hari lom siap....so datang nak makan jer lah ni...hehehe....
Lepas tu kami ke rumah Chik ( kakak pak mertua aku kot) dan disebelah malam nya kami ke Batu Rakit......perjalanan ke Batu Rakit memakan masa 2 jam. Bukannya jauh sangat pun cuma jalan jer yang penuh dengan kereta.....maklum la semua balik beraya di kampung. Sampai di rumah Mak Nah ( adik mak mertua) kami solat Maghrib.
Mak Nah dah siapkan bihun goreng dan kopok lekor. Aku memang lapar gila dah masa nih.... Lepas makan kaum2 wanita termasuk isteri aku duk bergosip kat meja makan. Apa yang di gosip kan aku pun tak pasti. Sebab bila ramai2 orang bercakap Terengganu, saling sampuk menyampuk, diselangi dengan gelak ketawa, aku dah tak boleh nak menangkap maksud percakapan mereka. Mereka seolah2 bercakap dalam bahasa Jerman yang aku tak faham butirannya. Hhuhuhuhu.....
Kami sampai di rumah jam 11 malam. Nasib baik si Afiq dah lena dalam perjalanan tadi. Kalau tak satu hal lagi nak menidurkan dia. Aku pun terus pengsan sampai ke Subuh.
4 Syawal 1429H - Tiada agenda beraya pada hari ini, pak mertua aku dan Herman pergi mengail udang. Aku dan isteri pekena nasi ayam Yunnan kat Batu Buruk sambil mencari baju sutera dan kain songket untuk Kak Som. Jenuh kami bertanya kat setiap kedai di Pasar Payang. Merata ceruk kami carik kain songket kaler pink. Yang ada mahal harganya. bajet dia RM100 jer. Last sekali beli kali sepasang yang ala2 songket....tu pun lepas 2 jam kami meronda2 kat Pasar Payang.
5 Syawal 1429H - Jam 11 pagi kami bertolak dari Kuala Terengganu, aku bercadang menggunakan laluan Jerangau Jabor bagi mengelakkan jem di jalan pantai. Tetapi alangkah sedihnya, bila aku tersekat lebih 1 jam untuk sampai ke Ajil. Rupanya ramai lah pulak yang guna jalan nih. Sampai di Kuantan jam 2.30 petang. Kami solat dan bercadang untuk makan di hentian Gambang. Tapi keciwa apabila makanan sudah pun habis. Kami terus ke Hentian Muadzam Shah. Nasib baik masih ada lagi makanan. Kalau tidak, kebulur lah kami sepanjang perjalanan.
Kami terus ke Segamat, kereta bertali arus, di tambah dengan hujan memperlahankan lagi perjalanan kami. Siang bertukar malam, Afiq kelihatan selesa tidur di atas kerusi berlapikkan toto. Mentol kereta sebelah kanan tidak berfungsi. Terpaksalah aku menumpukan sepenuh perhatian sepanjang perjalanan dari Segamat ke Yong Peng.
Lega rasanya bila selamat meamsuki highway PLUS. Jalan kelihatan biasa. Tiada tanda2 jem. Kami singgah di Hentian Machap untuk bersolat. Kami bercadang hendak makan di Skudai sahaja. Selepas sahaja keluar dari hentian, satu kemalangan berlaku di kilometer 64. Sebuah bas sekolah melanggar pembahagi jalan, jem nya memang tak terkata. Lepas tu ada lagi satu kemalangan di kilometer 51. Alahai.....yang jem tahap gaban......tapi bila sampai di depan....tak nampak pulak kelibat kenderaan yang eksiden...mungkin dah dialihkan kot.
Kami sampai di rumah jam 11 malam tanpa membeli makanan sebab kedai makan Tungku Impian masih lagi beraya. Kedai Makan Chao Phraya pulak ramai orang. Nasib baiklah ada lagi 2 pek Mee Maggi yang masih belum di makan. layan jer lah.....
Begitulah sedikit sebanyak diari ramadan sani, zira dan afiq......semoga hari raya anda memberi seribu kenangan kepada anda......salam aidilfitri dari kami sekeluarga....jemput la datang ke rumah berhari raya...

1 comments:
Montelnye ank dia...bg mkn ape nie, pipi mcm pau...nk pau pipi dia skit...
Post a Comment