SajesajeSukesuke

I'm a man, and I blog. Who cares. Kuikui..

Wednesday, October 8, 2008

Al - Fatihah...

Di kesempatan ini, saya ingin mengajak pembaca2 semua untuk menyedekahkan bacaan surah al- Fatihah kepada Allahyarhamah Hjh Manisah Bte Haji Omar, iaitu ibu kepada emak saya dan nenek kepada adik beradik saya di atas pemergian beliau ke rahmatullah pada 29 Ramadan 1429 Hijrah bersamaan 29 September 2008.

Semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang2 mukmin. Beliau meninggal dunia pada usia 89 tahun kerana sakit tua. Sehari sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, beliau meronta2 sambil berkata "Aku nak balik, aku nak balik". Sedangkan sudah lama beliau tidak berkata2. Kemungkinan beliau sudah mengetahui waktu ajal yang semakin hampir tiba.

Aku tidak sempat untuk menatap wajahnya buat kali yang terakhir kerana masih bekerja pada hari tersebut. Selepas mendapat berita pemergian beliau pada jam 9.30 pagi, aku terus pulang ke rumah dan berkemas untuk pulang ke kampung. Aku tiba di kampung jam 4.30 petang dan ketika itu jenazah sudah selamat dikebumikan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin......

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin