SajesajeSukesuke

I'm a man, and I blog. Who cares. Kuikui..

Monday, July 7, 2008

Selepas Menziarahi Mayat

Semalam kami menerima khabar sedih apabila sepupu aku di Shah Alam menghembuskan nafas yang terakhir. Hampir 2 tahun arwah bertarung dengan kanser tulang yang dihidapinya. Moga2 rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Lepas bersarapan, kami sekeluarga terus ke Shah Alam. Pintu pagar rumah berkunci. Rupa2nya jenazah di bawa ke masjid dan diuruskan di sana. Selesai mandi, kafan dan solat jenazah....kami terus ke kubur untuk mengiringi jenazah. Liang lahad telah pun tersedia dan mayat disemadikan tanpa sebarang masalah. Selesai talkin dan tahlil kami terus pulang ke rumah.

Sesampai di rumah aku terus kearah buaian dan menjenguk kirenya si Afiq dah tido. Tak lama lepas tu Kak Ton suruh aku aku mengambil wuduk kalau malas nak mandi. Katanya lepas melawat orang meninggal, kita kene mandi atau berwuduk untuk menghalang makhluk2 halus dari mengikuti kita. Terutamanya pada ibu bapa yang mempunyai anak kecil atau bayi.

Aku rase cuak la pulak. Tadi aku dah tengok si Afiq ni. Tapi aku belum sentuh dia lagi. Aku pun terus capai tuala untuk mandi dan berwuduk. Kak Yuk pun bukak cerita. Dia ada baca satu email. Ada sorang laki yang balik dari menziarahi mayat. Sampai rumah dia terus main dengan anak dia. Lepas tu anak dia jadik pendiam sangat2.

Selang beberapa bulan ade seseorang tak dikenali datang ke rumah dia. Orang tu cakap ade makhluk halus berdamping dengan anak lelaki tadi. Orang yang tak dikenali ni memeberitahu cara untuk menghalau makhluk halus tersebut. Akhirnya anak lelaki tadi telah pulih dari gangguan makhluk halus.

Tak lama lepas tu lelaki ni pun ingin membalas jasa orang tak dikenali tadi. Dia pun membeli barang2 keperluan dapur dan pergi kerumah orang yang tak dikenali tadi. Selang beberapa tahun, lelaki ini tergerak untuk ke rumah orang yang tak dikenali tadi. Tapi dia mendapati rumah orang yang tak dikenali tadi dah tak ada. Lelaki tu pun bertanya kat kedai berhampiran. Orang kedai tu kata kat kawasan tu memang tak pernah ade rumah. Persoalannya, siapakah orang yang tak dikenali yang datang ke rumah dia 2 3 kali untuk mengubati anaknya.

Malam tadi Afiq ngamuk2 bila aku dukung dia. Tapi bila dengan mak dia ok pulak. Pastu mata dia mcm memandang ke arah sesuatu....iskkk....seriyau plak aku....
Tapi kalu betol takkan on da way dr Banting ke Jb dia leh tdo dengan lena lam kete. Sure dia dah ngamuk2 sakan mase aku tukarkan pampers dia. Tengah malam tadi pon dia payah nak tido. Mase aku bagi susu dia takde pulak mengamuk2.

Mungkin dia penat kot....asik berjalan sehari suntuk ari sabtu lepas. Aku berdoa supaya kami sekeluarga di hindari daripada gangguan makhluk halus. Amin.........

2 comments:

wifey said...

sbb muke ayah die x ensem kot.
ekkekee..

Wira Duniamoto said...

Budak2 kecik memang bleh nampak
yg kita nampak.Namun banyakkan
berselawat dan baca surah Al-Baqarah
insyaAllah dijauhi makhluk halus.

Blog Widget by LinkWithin