WLD 9673 :
Sebuah proton waja yang ku beli pada tahun 2004. i kereta 2nd hand. Mase tu tu aku desperate + tak fikir panjang mase nak beli kereta. Sepatutnya aku boleh beli kereta baru tapi kenapa ntah aku tak terfikir macam tu mase nak bile kereta. Biarlah tu kisah lama.
Hampir 4 tahun kami bersama. Meredah hujan, panas, ribut, banjir kilat dan macam2 lagi. Aku memang sayang kat dia nih. Kali pertama dia meragam 2 tahun lepas. Mase tu 1st date aku dengan isteri aku sekarang. Masuk jer dia dalam kereta, tak smpi 2km jalan tiba2 ade bunyi lain macam sket kat enjin. Timing pun jatuh. Tiba2 keluar asap warna putih macam wap air. Aku dah gabra dah. Akhirnya kereta kene towing ke bengkel dan bermulalah kisah percintaan di dalam 'tow track'....ngehngehngeh...Compressor air cond dah tak berfungsi....jadi gedebuk gedebak kene RM 600++.
Tak lama lepas tu brake pulak tak berfungsi. Tekan sekali tak makan. Tekan kali kedua baru dia mencengkam. Brake pump pulak kong. Kene lagi RM 200++.
Lebih kurang 3 bulan lepas tu, power steering pulak buat hal. Mase nak belok tetiba jer jadik berat. Kene tekan minyak baru streeing jadik ringan balik. Bile check, Pump power steering dah jammed. Kene lagi RM150++.
Mase aku pegi haji, dia merajuk lagi. Kali ni abang aku yang pakai. Mase aku di Tanah Suci aku macam ade instint untuk msg Abg R tanya pasal kereta. Memang tepat jangkaan aku. Kereta tak boleh jalan sebab tak boleh masuk gear. Rupenyer ade spring dalam clucth plate tercabut dan dia stuck kat dlam tu. So cluctch tak bole nak relase suapay gear boleh masuk. Kene RM500. Yang ni Abg R bayarkan....(selamat duit aku)...
Dan yang terbaru minggu lepas di awal pagi Jumaat. Enjin tak boleh start. Puas aku try start. Tak mau jugak hidup. Lampu hidup, radio boleh on, aircond pun jalan, alarm ok. Tak mungkin batttery. Bile aku goggle, banyak waja mengalami masalah Fuel pump. Minyak dari tangki tak sampai ke enjin. Proton Edar Breakdown service datang ke rumah. Dia check wiring. Ade satu connector yang dah short. So dia bypass wire tu dengan tape. Kene RM31.50.
Dengan hati yang senang, aku pun menunaikan solat Jumaat. Dalam perjalanan balik dari masjid di satu traffic light, tetiba kereta aku mati. Tak boleh start langsung. Aku dah mula cuak bercampur hangin. Nasib baik ade Pakistan yang bersimpati menolak kereta aku ke tepi jalan yang agak kurang sibuk. Aku mintak tolong sorang jaga kereta, sorang lagi hantar aku balik rumah sebab aku nak amik handphone.
Aku cuba lagi start enjin dan tiba2 enjin hidup. Aku bernekad untuk pergi ke bengkel Proton Edar terdekat. Sampai di traffic light Jusco Taman U sekali lagi dia mati di tengah jalan. Dengan machonya aku mengawal lalulintas yang sibuk sambil terpaksa tersengih. Sekali lagi enin berjaya dihidupkan. Tanpa membuang masa aku terus pergi ke Stesen Shell terdekat sebelum dia mati lagi di tengah jalan.
15 minit menunggu akhirnya technician Proton Edar pun sampai. Kalu ni aku bernekad untuk menukar fuel pump yang baru dan original. Jaminan selama 3 bulan diberikan. Kali ni aku kena RM450. Kalu ikutkan harga fuel pump RM650. Mana tah dia dapat stock murah ni aku tak peduli. Yang penting original dan ade jaminan.
Semalam central lock asik berbunyi. Bile aku bukak suis untuk bukak pintu dah tenggelam. Patutla asik berbunyi jer. Pastu skru dia pun dah patah. Pastu kejap hidup kejap tak hidup. Alarm spare tertinggal kat Banting. Bile suruh derang carik tak jumpa pulak. Mana ntah aku letak aku pun tak ingat. Dengan pantas aku pegi kedai aksesori dan tuka alarm set yang baru. Kena RM150.
Letih la membela kereta nih....maybe dia merajuk kot sebab kurang kasih sayang. Skang ni dah ade Afiq. hehehe....Betol ker kereta bole merajuk. Penah dengar tak orang kata kalu kita nak tuka kereta jangan cakap dlam kereta. Nanti dia merajuk pastu buat macam2 hal. Ye ke?
CAX3586:
Isteri aku dah pakai Kancil ni lebey kurang 2 tahun. Kereta ni memang ade macam2 problem. Oil seal bocor, drive shaft berbunyi, aircond tak sejuk, speaker bunyi sebelah. Kereta ni asalanya lowed tapi aku dah tuka dengan spring standard. So takdela terhangguk2 sangat kalu naik kereta nih. Tu pun absorber depan dah kong. Takpela..asalkan boleh jalan.
Mase si isteri dalam pantang, anak saudara aku pinjam Kancil sebab kereta dia rosak. Dia bawak ke kolej dia kat Segamat. Satu hari, Kancil tu breakdown kat Simpang Renggam. Kene towing smpai JB. Satu blok enjin dah berlubang.
Ada 2 pilihan antara tuka enjin atau tuka blok sahaja. Kitorang decide tuka enjin. Hampir 3 bulan kereta kat bengkel. Akhirnya semalam kami amik. Yang sedih+geram+hangin+rase nak lempang ialah 2 biji sport rim depan dah hilang dan digantikan dengan rim buruk + taya botak.
Bengkel tu kwn kepada abg ipar aku. Maybe abg ipar aku pun dah termakan budi bengkel tu sebab selalu repair kete dia free, so takde la dia nak bising2 ngan bengkel tu. Dia kata dia sanggup kaver taya baru untuk Kancil nih. Tapi dia ni bukan boleh di harap sangat. Kalau ade tu adelah...
Enjin tu masih dalam warranty. Kalu rase tak sedap bole tuka dengan enjin lain. Kalu dah rase ok baru setelkan urusan JPJ. Rase takde problem kot pasal JPJ since abg ipar aku ni polis berpangkat. Kos sebenar pun kitorang tak tau lagi berapa. Bole baya ansuran.
Misi kitorang sekarang mencari rim dan taya yang sesuai dan murah, check brake, wiper dan aircond. Kereta ni akan di turunkan kepada adik ipar aku kat Kuantan. Takkan nak bagi dia kereta dalam keadaan yang menyedihkan.....huhuhuhu....
Itulah kisah kereta kami.....bulan ni cukup serabut memikirkan pasal kereta. Kereta kereta kereta.....
Nilah alarm aku yang baru.....
Kat sini la kedudukan fuel pump waja. Betul kat tengah2 tangki minyak dan dibawah tempat duduk belakang.
3 comments:
Having fun reading of your blog.
berto xxx
wes nk request entry. episod percintaan dalam tow truch eh eh
haah tlg yea en penulis blog..sy pun nk tau episod tu jugak!teruja ni :D
Post a Comment