SajesajeSukesuke

I'm a man, and I blog. Who cares. Kuikui..

Wednesday, July 16, 2008

Buah Hati Baru

Memperkenalkan buah hati baru aku....memang dah lama aku mengidam motor nih...cuma tak ada sebab yang kukuh jer untuk aku membelinya....
Baru 2 hari aku bersama dengannya....heheh...ini adalah salah satu langkah penjimatan minyak yang aku buat. Sejak kenaikan minyak yang terlampau nih...memang aku terasa sangat2. Bila isi RM50 hanya bertahan 2 hari sahaja untuk kereta wajaku...alahai....

Pada mulanya aku cuba produk my green oil. Produk ni berasaskan minyak. Hanya perlu tuang 1ml untuk 1L minyak. Harganya pon tak mahal. Sebotol RM10 mengandungi 60mL. Aku beli dengan member aku. Dia kasik 5 botol RM45. Aku dah test minyak nih....aku pun tak berapa pasti akan keberkesanannya....sebab semenjak kereta aku tukar fuel pump, bacaan minyak dia agak berlainan. Dan aku pun jarang2 sekali mengisi penuh. Menurut kawan aku, minyak ni boleh jimatkan 20%-30%. Nak tau lebih lanjut klik kat link kat atas tuh....

Ada jugak cadangan untuk pasang ngv kat kereta aku....aku pun ade jugak buat survey pasal ngv nih. Harganya mengikut kapasiti kereta dan jenis pancutan minyak. Sama ada karburator atau injection. Bagi proton waja harganya sekitar 3k ke 4k. Ade brader teksi klia tu cakap, ngv ni memang jimat. Tapi kene maintain absorber n tayar belakang. Sebab tangki ngv ni berat. Yang menjadi masalahnya, stesen ngv ni amat berkurangan di JB. Jadi aku rase amat tidak parktikal untuk memasang ngv buat mase sekarang nih.

Ada teknologi baru berasaskan air. Aku memang berminat dengan HydroFuel nih. Konsepnya air akan dielektrolisiskan bagi memecahkan molekul hidrogen dan oksigen. Kemudian, hidrogen ini akan bercampur dengan petrol untuk membantu pembakaran. Dan hasilnya asap yang lebih bersih dan mesra alam. Kedai hydro fuel ni ade kat Banting. Bulan lepas aku tak sempat nak pergi ke kedai tersebut untuk bertanyakan dengan lebih lanjut. Cuma yang menjadi persoalan,
1) tak bahaya ker sebab kita tau gas hidrogen amat mudah terbakar. Ingat tak ujikaji kat sekolah nak menguji kehadiran gas. Kite letak kayu bara dan terdengar bunyi pop. Itu menandakan kehadiran hidrogen.
2)ada tak kesan sampingan terhadap enjin untuk jangkamasa lama. Enjin kereta sedia ada berasaskan teknologi petrol. Nisbah pembakaran antara petrol dan hidrogen akan mengubah kadar pembakaran. Takut2 lepas pakai 2 ke 3 tahun, enjin mula longlai.







0 comments:

Blog Widget by LinkWithin