SajesajeSukesuke

I'm a man, and I blog. Who cares. Kuikui..

Tuesday, July 7, 2009

Rumahku Syurgaku

Ni la gamba bakal rumah kami. Tak sabar rasanya nak masuk rumah sendiri. So far urusan dengan BPP dah setel. Hopefully by this Wed check kepada pemaju siap dan diposkan secepat mungkin. Then baru boleh dapat kunci.




Dari depan

Umah ni bersambung dibhgn dapur.

Living hall




Master bedroom



Living hall tingkat atas

Dry kitchen

Wet kitchen n room for maid

Mengikut perancangan kami, wet kitchen n dry kitchen akan disambungkan. Bilik maid juga akan dipecahkan. Bilik ni terlalu kecik. Rasa macam kejam pulak nak suh maid duk kat ctu ( tah bila nak pki maid). So overall dapur akan menjadi besar dan lebih selesa kalau nak buat kenduri kendara.

Pintu bilik air bawah juga akan dialihkan sebab kalau letak mesin basuh akan mengganggu laluan.

Kabinet akan dibuat di kedua2 kitchen. Tapi design kabinet ni masih dalam bayangan lagi. Kontraktor tengah siapkan showhouse. Imaginasi kontraktor tu macam best jer...siap ade lampu bagai. Realitinya tatau lah lagi macam mana.

Living hall, dining dan dapur akan di plaster siling dan kornis. Semua hall ni jugak akan dilengkapi dengan lampu downlight 6".

Bahagian atas tak ada major renovation. Dalam perancangan nak buat wardrobe utk master bedroom. Dan kalau ade bajet lebih boleh la letak air cond kat master bedroom. Bilik2 lain maybe pasang lampu dan kipas jer kot.

Semua tingkap akan ditintedkan dan dipasangkan langsir sentuhan Puan Rokiah tukang jahit tersohor dari Kedai Buluh. Kalau berkenan nanti boleh lah order ngan kitorang ehh...

Dinding di bahagian tangga akan menjadi galeri gambar sentuhan Shazira. Lain2 perhiasan akan difikirkan kelak mengikut bajet dan kesesuaian serta tahap kerajinan.

Alarm system dan auto gate masih dalam pertimbangan. Kena periksa dulu dengan jiran2 tahap keselamatan di kawasan ni.

Walaubagaimanapun spesifikasi di atas mungkin berubah berdasarkan bajet.

Friday, July 3, 2009

I Foloooooooooooooooo.............

2 3 hari ni aku tengah kejar BPP. Last update dalam website BPP dah release 75% payment kepada pemaju. Kalau ikut surat pemaju dah calim sampai 100% progress rumah. Since rumah pon dah siap, CFO pun dah dapat, kontraktor2 pon sibuk duk tanya bila boleh dapat kunci maka aku dengan semangat berkobar2 membuat folo up dengan pemaju dan BPP.

Tapi pada hemat aku, BPP yang lemau buat kerja. Nak dijadikan cerita, budak pompuan depan kubik aku ni (Y*n*) sebelum ni kerja di BPP. So aku pun mintak tolong la dia check kan dengan kwn2 dia status payment. Dia rekomen kan aku dengan A*i.

Rabu lepas si A*i ni kata, BPP tak terima surat claim utk item 2g. Padahal dia dah baya item 2h. So aku tepon pemaju mintak faxkan kepada BPP. Bila dah fax, si A*i kata pemaju fax kan item 2h. Bukan 2g. Maka aku kontek lagi pemaju mintak faxkan item 2g dan semua claim progress work up to 100%.

Semalam aku cuba kontek si A*i ni tapi tak berangkat. Aku kol opis nya kata dia ade exam. So hari ni suppose dia dah kerja. So ari ni aku folo up lagi ngan si A*i ni. Tak berangkat jugak. Aku suh pulak si Y*n* kol A*i. Pon tak berangkat jugak. Si Y*n* pon kontek ngan member dia sorang lagi kat BPP. Member dia ni kata tengah chatting ngan si A*i.

Hangin betol aku dengar si A*i berchatting. 2 kali aku kol tak angkat. Semalam aku sms 2 kali tak reply. Maybe takde kredit kot. Aku just nak make sure dia terima fax yang betul. Bila dah terima, dia akan proses payment. Tu jer.....

Memang betul kata member aku. Kene selalu folo up dengan BPP ni. Kalu tidak tah sampai bila la dia nak buat payment tu. Bila lambat bayar, kita pulak kene bayar interest. Aci ker macam tu....

Nasihat aku kepada peminjam2 dengan BPP...sentiasalah mengamalkan ape yang Abg Jem cakap pagi2 kat Sinar FM....I FOLOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO................

Thursday, June 18, 2009

Quotation

Sejak dapat surat serah kunci dari pemaju, aku rasa macam teruja jer nak masuk rumah baru. Tapi sebelum masuk rumah baru semestinya nak kena renovate sedikit sebanyak. Kasik touch up apa2 yang patut. Baru la semenggah sket....heheheheh...

So far kitorang dah ada beberapa calon2 kontraktor dengan idea dan material masing2. Kontraktor yang tak ada idea pon ada gak. Agak payah jugak nak compare harga setiap kontraktor sebab masing2 guna material yang berbeza2.

1. D*W*N* Design
- kontraktor ni memang bagos. semua dia boleh buat. tiling, wiring, demolishing, plaster ceiling dan grill. Quotation dia pun detail. Siap dengan design layout plan and kitchen kabinet. Cumanya dia tak ada value added service. Contohnya tak dapat apa2 barang free. Kebanyakan kontraktor akan bagi at least sinki atau paip atau dish rack atau apa2 barang free kalau kita buat renovation dengan dia. Tapi yang ni agak berkira sangat. Setiap job ada kos.

2. I*D*H Renov
- kontraktor ini bese2 jer. Kitorang dah pon pegi showroom dia. Dia baru jer bukak kedai kat Taman D***. Quotation dia boleh tahan murah. Material yang digunakan pon bagus. Cuma tak berapa banyak pilihan untuk table top. Dan kerja2 terhad kepada kitchen cabinet and demolishing.

3. B*I*D*I*H Renovation
- kontraktor ni main terjah jer kat rumah baru kami. Masa tu kitorang saje2 suke2 nak tgk rumah. So far dia baru quote table top and tinted. Tapi tokey dia ni memang susah betul nak ajak jumpa. Kalu tak sebab harga dia agak murah, dah lama dah aku abaikan.

4. L*E S*A*G Construction
- kontraktor ni aku rasa agak mahal quotationnya. Tapi material yang digunakan pon bagus. Sample kabinet kat showroom dia pon cantek2 secantek harganya. Tapi aku rasa u will be elimnated. Kuikuikui....

5. Haji Kamarudin (aka Indon)
- kontraktor ni memang takde idea. Dia hanya akan ikut arahan kita apa yang perlu dan nak dibuat. Tapi dia ni memang berpengalaman la buat renovation rumah. Yang bagusnya semua kerja dia boleh buat. Demolishing, tiling, plumbing, piping, wiring, plaster ceiling. Tapi bab kabinet maybe kureng sket kot. Aku rasa better aku suh org lain buat kabinet. Kalu suruh mamat indon ni konfem tak semenggah rupe kabinet tu nanti. Dia mintak tempoh 2 hari untuk buat kira2 bung. Huhuhu....

6. En Hamree
- kontraktor ni buat kabinet sahaja. Dia ada kilang IKS. Harap2nya harganya nnti agak murah sikit la compare dengan kontraktor lain.


Memang letih nak melayan kontraktor2 ni. Derang ni sibuk manjang. Kadang tepon pon tak angkat. Ada ke patut customer yang kejar derang. Patutnya derang la kene kejar customer. Part yang paling aku malas nak layan ialah nak pegi tengok rumah. Kalu nak tengok rumah tak boleh serentak. Kang nampak sangat yang kita ni sekadar nak mintak quotation jer. Heheheh....

Tapi aku cadang kan kat korang yang nak buat renovation. Bila dapat jer kunci, buat satu kaunter depan rumah. Bukak tender untuk renovate rumah. Sure ramai kontraktor beratur nak buat renovation. Suh derang amik nombor giliran, pastu masuk rumah amik ukuran.
Cara ni nampak agak kurang sopan tapi tak memenatkan tuan rumah serta menjimatkan masa dan kos. Hehehe....

Aku dah follow up dengan BPP. Derang kata dah terima surat dari pemaju dan dah buat baucer bayaran kepada pemaju. Hopefully by next week check dah ready untuk di poskan kepada pemaju.


Thursday, May 21, 2009

Trauma

Sejak dua menjak ni aku rasa macam trauma jer . Especially bila nak tido malam. Mata memang rasa mengantuk. Tapi hati aku rasa macam tak sedap hati jer. Mengenangkan peristiwa motor aku dicuri. Ditambah lagi kes polis menembak mati geng bonding lepas merompak rumah kat Kempas.

Baru2 ni aku sembang2 dengan jiran sebelah. Katanya kejadian pecah rumah makin menjadi2 kat taman kitorang tu. Seminggu sebelum motor aku hilang, selang bebrapa rumah dari rumah aku cuba dimasuki pencuri. Tapi gagal sebab jiran terdengar bunyi bising. Tuan rumah balik kampung. Tak lama lepas tu tuan rumah terus upgrade pasang autogate.

Beberapa hati lepas motor aku hilang, rumah pengerusi surau pulai utama kene pecah. Pencuri bawak lari cash RM6000 dan sebuah Kancil. Nasib baik anak2 nya tak di apa2 kan. In fact budak2 tu tak sedar pun rumah kene masuk pencuri.

Lepas tu sebuah rumah Cina dilorong 74, tak jauh dari rumah aku dipecah masuk pencuri. Yang ni tak diketahui apa barang yang hilang.

Ishhh....aku rasa macam dah tak selamat duduk kat area situ. Hampir setiap malam aku susah nak melelapkan mata. Selalu terfikir yang bukan2. Sebelum tido, bermacam2 ayat dan surah yang aku baca. Dalam keadaan macam ni, apa yang mampu aku buat hanyalah berserah dan bertawakkal kepada Allah. Semoga kami sekeluarga dilindugi dari malapetaka dan bencana serta gangguan daripada mereka2 yang berniat jahat.

p/s: rasa macam nak menuntut ilmu memagar rumah. Selagi ilmu tu tak bertentangan ngan ajaran Islam dan digunakan dengan betul, insyaAllah tak memesongkan akidah. Tapi yang pasti kita perlu berusaha dan bertawakal pada yang Maha Esa.


Blog Widget by LinkWithin